Sunday, November 27, 2016

PERFECT CC CREAM - NOUR AIN SKINCARE BEAUTY

Assalamualaikum guys! 
Happy Monday!

Alhamdulillah murah rezeki.

Perfect Cc Cream 
memang laku habis ;)

Price RM 59 (20ml)

Mmg perfect!😆👌

Paling bagus gunakan bersama Uv Foundation Nour Ain. Memang kulit wajah menjadi lebih gebu & tip top! In Shaa Allah.

✔Melindungi kulit wajah daripada pancaran matahari agar wajah kelihatan semulajadi serta berseri.
✔Diformulasikan khas bagi membantu meratakan tona & struktur kulit, mengurangkan kedutan & jalur halus.
✔Mencerah serta melembapkan kulit wajah melebihi 24 jam.
✔Mengawal lebihan minyak pada kulit wajah agar wajah nampak lebih halus & gebu sepanjang hari.

WhatsApp || 012 273 7294







Sunday, November 13, 2016

Petrosains

Assalamualaikum,

Mehh sini mehh nak cerita pasal Petrosains semalam aku anak beranak pi :)

Asal weekend je kalau tak balik kampung kena jugak pikir mana2 tempat nak berjalan. Ate kebosanan nauu.. Naurah pandang mama - mama pandang Ilyas - Ilyas pandang abah. Jadi mohh ler kita keluar yangg oii. Actually spend time dengan family kat rumah pun dah memadai tapi macam kesian jugaklahh kat anak2 kalau tak bawak berjalan tu. Lagipun antara aku dengan husband aku kot paling kurang masa dengan anak2. Kalau kerja pukul 7malam sampai rumah. Kau rasaaa??!! Stress makk taw

So pikir punya pikir....
Banyak aku bagi cadangan kat husband...
Nak pergi PD - Melaka - Taman Burung KL

Last2 dia pilih Petrosains. Haha!

Last aku pi Petrosains ni masa tahun 6 kot. Zaman sekolah rendah lagi.. tu pun ikut rombongan sekolah.. Kalau nak pi sendiri2 memang tak merasa lahh aku.

Harga tiket kalau dulu RM15 untuk dewasa tapi sekarang RM20. Untuk kanak2 atas 3tahun RM5 je kot.

So ok2 je taklahh mahal sangat.

Tapi aku boleh bagi 2 star je kot dari 5. Huu! Sebab rasanya masa pergi tahun 6 dulu lagi seronok semua benda ada. Sekarang ada yang tengah renovate & banyakkkkk jugak yang under maintenance. Tak seseronok aku pergi masa school dulu. Yelaa masa time sekolah dulu Petrosains tengah famous sangat. Sekarang makin lama makin sendu je orang nak pi. Pergi weekend pun tak ramai orang. Nak masuk kena naik kereta sepintas masa tu.. nak balik pun sama. Tapi time balik kereta rosak kena jalan kaki - naik lift bagai. Haha choii betul. Rosak program!

Tapi ok2 je laa bawak Naurah lari2 dalam tu. Budak tak taw apa seronok laa main lari2 usik sana sini. Apa2 lah nak janji both of you happy :)

Tapi lepas ni Iolls taubat takmo pi lagi sini. Haha! Anak2, jangan cakap mak tak pernah bawak ehh :DD

Haha bye!





Wednesday, November 2, 2016

Kau Guris Luka Hatiku

Assalamualaikum,

Dah 4 hari Naurah mak mentua aku jaga. No school, cuma Ilyas je masih hantar ke taska.

Aku cerita kat ofismate in-law yang jaga Naurah sekarang. Apa lagi kena tempelak lahh. Kan aku dulu beriya nau tak bagi mil jaga anak tapi sekarang dia yang jaga. Terpaksa tarik semula cakap aku dulu. Banyak sebab sebenarnya. Dan ada jugak yang sampuk cakap... nanti Naurah manja dengan tok dia.. tak nak dengan mama dah. Aku diam sekejap.












Kau guris luka hatiku :(













Sunday, October 30, 2016

Akikah Anak

Assalamualaikum,

Finally settle jugak buat buku Ting Ilyas. Buku Tabung Haji hari ni aku kerahkan pak nya pi buat. Dan dah start jugak tolak gaji aku bulan2 ke akaun Ting Ilyas. Naurah dulu pun start awal, besar2 Ilyas dalam 7bulan dah tolak gaji. Lega rasa hati. Ada jugak inisiatif nak simpan duit untuk anak2. Tak banyak pun takpee janji ada :)

Tapi aku rasa Naurah banyak sikit duit dia since lahir sebab dia buat akikah awal. Time potong jambul orang banyak sedekah lagi. Adiknya belum ber akikah lagi hoi... Serba-salah mak kau nak. Yang mak aku pun dah banyak kali bertanya bila nak buat bila nak buat.. Takde plan lagi kami suami isteri nak buat kenduri akikah mak. Tengoklahh dulu macam mana. Dah besar sikit pun boleh akikahkan. Dah tua2 pun boleh jugak. Hihi..

Tuesday, October 18, 2016

Insan Kesunyian. Kah

Assalamualaikum,

Sekarang husband siang malam kat kedai je. Ehh bukan sekarang dulu2 jugakkkk T____T

Tsk!

Sobs!

Balik kerja dapatlah jumpa setengah jam lepas tu pergi kedai balik T____T

Apa yang buat bertambah haru bila nak handle sekali dua anak yang tengah tantrum teww. Pheww!

Yang kakak tak bagi aku netek kan adiknya. Adik plak terpisat2 nak tidur dah. Kang marah si kak long perlaku macam tu sentap plak dia. Dok bersandar je belakang aku. Dibuatnya macam tu mak dia yang sendu wei. Mana sanggup tengok anak kecik hati macam tu :(

Belum lagi masuk time nak masak. Kadang2 tak berasap la dapur malam2. Sobss!

Sampai ada masa bertekak jugaklah suami isteri. Aku ni kang perli husband jangan kebendaan sangat. Tapi bila pikir balik tak kerja kang camne nak tampung hidup. Sekarang semua benda memerlukan duit ditambah anak dah masuk dua ni. Yang paling best hari2 suami bagi duit belanja lah. Haha! Tapi seriously sunyi je lahh aku memalam (sebelum ni kadang2 je husband pergi kedai malam)

Bermain je lah aku 3beranak yang tengah tantrum tu. Semoga Allah sentiasa bagi kebahagiaan kepada aku suami & anak beranak. Amin In Shaa Allah


Friday, October 14, 2016

Naurah Tak Duduk Taska Dah :)

Assalamualalaikum :)

Hari ni aku buat2 free sikit sebab boss E -__-"!

Dah lama aku dengan suami discuss benda ni akhirnya kami buat keputusan jugak.





------





Next month Naurah dah tak hantar taska. Kami suami isteri nekad nak mil yang jaga. Banyak sebab tapi tak payah cerita lanjut lah pasal tu. Biar lah mil yang jaga sementara dia nak tu. Ikutkan hati nak je dua2 anak mil yang jaga tapi macam kesian pun ada nanti takut tak larat dia. Hmm tunggu Ilyas dah besar sikit memang wajib duduk sekali dengan Kak Long Naurah.

Ehh jangan salah faham... taska dia semua ok. Bab makan, mengasuh & teacher2 semua good2 sahaja. Cuma biasalah ada sedikit masalah dalaman ;)

Tapi makin lama aku perhatikan makin ok je fil jaga Naurah. So aku puas hati & aku on untuk next month tak hantar anak ke school lagi. Selain dari boleh jimat duit takde lah buat Naurah tertunggu-tunggu lagi bila mak pak nya nak datang jemput dari school. Nampak alahai kesian je kan!

Aku harap ini tindakan yang sebetulnya untuk kami & anak2. In Shaa Allah, Amin.

Monday, October 10, 2016

Seminggu sekali EL - Anak demam

Assalamualaikum,

Aku EL hari ni sebab Naurah demam dah 4 hari. Malam tadi ambil darah Alhamdulillah everything is ok. Cuma ada kuman sikit camtu laa that's why dia demam lama. Hmm! Sesak nafas nengok anak camni.

Khamis last week aku EL jugak sebab Ilyas demam. Wuarghh berturut-turut anak demam. Pening mak kau nak. Budak nak membesar gini laa.. Sobs!

Cuti2 pun macam kerja jugak. Bertalu2 WhatsApp pasal kerja. Semput sesak nafas segala dibuatnya. Sejak2 dah masuk Department HR ni kemain payah nak rehat. 8jam non-stop bekerja. Pheww! Beza sangat kerja masa Department Operation dengan HR sekarang. Tak tekejar beb semua ada dateline. Mungkin aku perlu environment baru. Iyee dan aku memerlukan sangat kerja yang berdekatan dengan school anak2 T____T