Wednesday, October 21, 2009

moga diriku lebih matang


hari tu aku marah dengan seseorang. time tolong mak potong sayur, saja ku lukakan jariku. geram dengan orang jari sendiri jadi mangsa. tak patut sangat. darah menitis2 keluar. mak ku kata, "lain kali terus kerat pergelangan tangan", katanya memerliku. aku terus diam. memang silap ku.

ni cerita dekat unisel pula. hari rabu : keje HTML separuh je dapat buat. tengah blur kejap. rasa nak tanya si dia je tapi takut die busy. mesti busy dengan projek dia. ku lupakan hasratku itu.

sekarang aku tinggal sorang2 kat rumah. ima, syidot ke class dan lisa da balik baru je tadi. boring sangat. cam biasa la aku melayan fb. tiba2 terasa lapar. megi ! yah megi. megi ni baru beli semalam. megi perisa sup tulang. shiken kata sedap. aku pun beli. memang sedap. time masak megi aku berangan2 then >>dushhh..<< tertumpah air panas kat jari. menjerit sekejap. orang kata taruk kicap kalau terkena air panas. sudah ku lakukan.

moga aku lebih matang dan berfikiran rasional selepas ini