Monday, October 19, 2009

sina bercherita tentang jamuan raya -FITM


Hari rabu malam khamis hari tu aku pergi jamuan hari raya kat fitm. Nak dipendekkan cerita, aku makan makan and makan. Tiga kali tambah tu. Hehehe..kebuloq ! Tiba2…”ok yang pakai selendang hitam dan berbaju kurung hijau sila ke depan” Berderau darah aku. Rasanya macam aku. Mula2 aku cool je, buat bodo je la. Orang lain la tu kot. “eh kau la sina”, sapa kawan aku. Ceit !! @#$$*&^%!! Kawan2 semua tolak2 aku pergi ke hadapan. Terpaksa la aku gerak. “ ok perkenalkan diri dan nyanyikan lagu apa2 tak kisah yang penting pasal lemang” kata mc tu. Menyanyi?gila la. Aku da la tak reti.setakat nyanyi dalam bilik air tu boleh la.ceh kena paksa kat sini juga. Ok aku pun nyanyi ikut pitching sendiri. Berterabur. Ambil kau nak sangat suruh aku nyanyi kan(.……………….. ) and last habis juga. Mengarut je aku nyanyi tu. Hmmm..lepas habis je aku nyanyi aku lekas2 duduk. Mc tu kasi hadiah juga.coklat. nasib baik dapat habuan.heheheh… pelik aku, orang lain tak nak panggil. Aku yang duduk hujung ni dia bolah nampak pulak. Aku da agak da mc tu macam semacam je pandang aku. Ceh..takpe2..tu la kenangan kena nyanyi depan semua orang.hehehe…



No comments: