Wednesday, December 30, 2009

edisi istimewa. tahun baru!

assalamualaikum.

selamat tahun baru esok ! dulu aku tak pandai nak tulis blog. dulu2. ntah apa2 ntah yang aku isi kadang2 tu. asal marah, nangis, happy semua aku campak kat sini. da macam tong sampah pun ada. then aku jalan2 ke blog orang timba pengalaman sedikit, geledah sana geledah sini baru ku faham camne nak create blog yang ok. okla.

yang ni special edition tentang aku sempena nak sambut tahun baru. macam takde kena mengena je dengan tahun baru kan kan. saja mengada nak tulis.

hai teman !
mengada nak tulis. tentang diriku. 10 je tak banyak pun.

1. saya sangat suka makan roti.
2. saya suka tengok bintang yang banyak2 then mesej kawan suruh tengok bintang juga. kalau kita tengok salah satu bintang yang sama, kita ada jodoh.
3. saya tak pernah ke party2 sosial or disko. tak nak pergi pun. kalau party2 nak celebrate birthday kawan tu pernah la.
4. saya sangat sayang kat adik bongsu. bila balik cuti saya akan makan, tidur dan mandi bersamanya.
5. saya sangat sensitif. susah kan nak puaskan hati semua pihak?
6. saya da suka pakai shawl. ima yang ajar. thank you ;)
7. saya mungkin da ketagih dengan pearl cafe yang dicampur susu anlene. hehe
8. saya tak suka nyamuk. saya akan kejar sampai dapat bila nampak nyamuk.
9. saya penyegan pada orang yang baik2 sebab mungkin saya lebih hormat dia.
10. saya boleh tidur kat atas katil yang bersepah kalau da ngantuk sangat.

kenapa saya menggunakan ganti diri saya? awak geli ye. saya pun terasa geli. hahaha. selamat tahun baru 2010. special edition ni. kamu2 nak celebrate tahun baru kat mana? aku kat rumah je. actually aku tak pernah pun nak sambut kat luar melainkan makan kat luar dengan family dan sahabat2 baik. pada aku tak payah nak celebrate2 kat luar pun. KLCC ke mana ke.. nak tahu kenapa? bukan aje sesak tapi.... tunggu laporannya di paper and television lusa. pasti ada.

nak tahu azam baru aku pula?

No comments: