Wednesday, December 9, 2009

nak belajar bahasa malaysia juga. (boleh kan ima?)

1. Bekas kekasih saya adalah:
si dia yang berkening tebal, suka berjaga malam dan baik hati.

2. Saya sedang mendengar:
kipas syiling berpusing.


3. Mungkin saya patut:

mengurangkan lemak di bahagian perut.

4. Saya suka:
membeli-belah dan makan roti.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
semua yang mengenali saya. walaupun yang tak berapa baik dengan saya.

6. Saya tak paham:
kenapa penyakit rindu sering menghantui saya sejak akhir2 ini.

7. Saya kehilangan:
cincin kesayangan. beli sendiri.

8. Ramai yang berkata:
saya pucat bila tak bersolek. tapi sebenarnya saya sedang mengurangkan pemakaian solekan.

9. Makna nama saya:
cahaya kebaikan.

10. Cinta itu adalah:
cinta la. tak berapa suka cakap pasal cinta buat masa sekarang.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
bermain telefon bimbit. (ima sayang lebih)

12. Saya akan cuba:
untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah menangis lagi.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
hingga akhir hayat kita bersama. nantila rujuk kamus dewan.


14. Telefon bimbit saya:
warna ungu dan tak besar, tak kecil. comel2 je.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
terus pergi ke tandas. hehehe*

16. Saya paling meluat apabila:
ada sahabat yang talam dua muka.

17. Pesta/Parti adalah :
tempat yang mengasyikkan bagi sesetengah orang.


18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
burung. tak tahu burung apa. yang pasti mata burung tu besar.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
bayi. semua orang nak cium pipi saya =)


20. Hari ini:

emosi tak stabil. tadi ada menangis kejap. kemudian gembira balik.

21. Malam ini saya akan:
tidur awal. boleh mimpi macam2.

22. Esok pula saya akan:
bangun lambat dan bermain mukabuku puas2.


23. Saya betul-betul ingin:

ke bintang dan Disneyland.


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
terus nganga dan tengok gigi. macam nak pakai pendakap gigi.


25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:

sekarang pusat membeli belah. da ada anak nanti arked permainan pula.

26. Makanan Barat atau Jepun :
makanan barat. tapi rasa nak cuba makanan jepun.


27. Bilik yang terang atau gelap:
gelap. boleh tidur dengan aman.

28. Makanan segera adalah:
makanan kegemaran saya. tak elokkan. nanti gemuk.


29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
u. wt pe.. owh ok.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
sesiapa yang baca entry ni, buatlah. Saya buat sebab nak memperbaiki Bahasa Malaysia saya *ahaha. ;p




No comments: