Saturday, July 3, 2010

KAWEN part one.


Iye memang aku akui pergi kenduri tu seronok. dapat berkumpul dengan saudara mara, kawan2 lama boleh bertemu balik, dapat makan free, rendang daging - ayam masak merah – buah limau, dapat buah tangan, telur rebus – gula2, dapat tengok pengantin cantik atas pelamin yang make up putih melepak macam patung tunggulpun ada. Pastu dapat tengok sambil bisik2 “ waa pengantin laki dia macam hero Hindustan “ , “ pengantin laki handsome la, ada lesung pipi ”... cheh. Ha yang ni bukan aku yang kata ya. X)

Itu yang best. part tak best bila da kenyang perut sambil duduk2 dengar karoke tu ada mulut2 sumbang makcik2 gosip tanya aku.


“ ha angah bila lagi..? ”

“ tak sabar plak nak rasa nasi minyak kau ngah.. “

“ jangan kawen lambat sangat. lambat mak kau dapat menantu+cucu nanti.. “


apa kes? Aku baru 21 lah. muda+manis+anak dara sunti lagi tak nak lagi kawen2 ni. kalau ada anak Datuk yang nak pinang aku dalam masa terdekat ni pun kena pikir dua tiga kali. wahahaha.. ada orang gerun2.

so, lepas ni memang aku da karang da beberapa jawapan baik untuk makcik2 penuh bising gosip ni.


“ nanti la dulu mak cik, saya nak ada kerjaya dulu. kereta besar+rumah besar+laki besar laki kaya.. “

“ jodoh di tangan Tuhan mak cik, sampai seru nanti saya kawen la. mak cik tunggu je la kad kawen saya ya.. ”

“ lepas raya. tapi raya tahun bila tak tahu la..”

“ saya tunggu anak mak cik kawen dulu baru saya..”


Mesti makcik2 ni tak berani nak tanya aku lagi. heh.. apa dia ingat ini zaman 60 an-70 an dulu?


HOTEL ISTANA. kusyuk makan lauk lazat. err kiri, adik saya. mata jadi macam tu akibat pedih tengok kamera.


PERAK. yang dua orang depan tu adik2 saya. dua orang belakang mak ngah dengan mak teh.



KUALA LUMPUR. kek berat sampai tersenget badan.


2 comments:

Peminat Katie Holmes said...

jodoh pertemuan d tangan tuhan.
kalau ada, ada la tue.hehe

.hasina. said...

insyaAllah ada. doa2kn la :)