Wednesday, September 1, 2010

ini cerita sahur dengan berbuka. dulu dan kini.

masa : selepas subuh.

hari ni saya nak update pasal puasa lagi.



ingat lagi masa puasa kicik2 dulu. time mula2 belajar puasa. umur 6 tahun. saya selalu bukak peti ais curi2 makan tembikai dan rambutan. tapi bila tengok adik saya sekarang umur 6 tahun tak pernah ponteng puasa. rajin rajin sangat! bagus;)) now saya da belanja die kasut raya taw. kasut raya princess katanya.

ingat lagi masa puasa kat asrama dulu. saya la yang paling liat nak bangun sahur. tapi bila dengar sahur lauk ayam memang bergegas turun dewan makan. sebab ayam tu kegemaran saya. sedapnya ayam ;))

ingat lagi masa puasa kat rumah. of course la tolong mak buat juadah untuk berbuka. pahala lebih taw ;)) lepas tu tak sabar nak tunggu masa berbuka untuk esoknya. mak masak makanan lazat2 lagi biar anaknya rajin berpuasa.

ingat lagi masa puasa kat unisel. pergi bazar sama kawan rumah. beli juadah untuk berbuka+bersahur. kalau lauk untuk sahur tu kami gilir2 beli. biasa la student sememangnya kena jimat kan kan.

sekarang saya da kerja. kena beli juadah berbuka sendiri. penat betul kerja. best lagi jadi student taw.

hari ni nak masak untuk berbuka tak maw beli kat bazar sebab saya semakin rajin.

sekian..

;))

No comments: