Wednesday, September 8, 2010

wish raya seikhlas hati.....

musim2 nak raya ni tengok je fesbuk memang penuh home tu orang dok hantar status nak raya. maaf zahir batin. blablabla… pastu ada yang tag gambar raya sambil minta maaf. owh ok aku maafkan. zaman canggih ni memang menjimatkan lah. duit nak beli kad raya, setem, pos sangat saving sampai tahun ni aku langsung tak dapat kad raya. ok tak mengapa la.





hari ni aku buka puasa macam biasa segala2nya bersederhana. nasi beriyani, ayam masak merah, ayam percik dan tak lupa roti arab. teh o panas dan juga air sarsi. alhamdulillah. takde gambar pun nak upload. semua da dalam perut. tapi sesetangah orang aku perhatikan kalau makan makanan sedap berlumba2 nak upload kan. kalau makanan mahal tu siap taruk harga lagi. motif? nak promote restoran ke macam cerita2 JJCM? ok tak kesah la.





alhamdulillah puasa tahun ni sangat gembira. sekarang aku da kat rumah. bila kat sini malam2 memang meriah lah. jiran2 memang berlumba2 pasang pelita. kalau boleh nak penuhkan keliling rumah. lepas tu main mercun, meriam, bunga api sambil nyanyi2 lagu raya. hamboih.. meriah no. kalau main meriam tu rasa macam kampung A lawan dengan kampung B lawan dengan kampung C. ha gitu la gamatnya.





tahun ni raya agak meriah. tapi yang penting sentiasa besederhana. tukar langsir, alas meja. baju 3 pasang, kasut sepasang , tudungs, yang dalam2 juga >.<





macam biasa wajib kemas rumah.





di kesempatan ini juga aku nak minta maaf zahir dan batin. maaf untuk segala2nya ikhlas dari hati. salam lebaran.





assalamualaikum 

No comments: