Thursday, February 24, 2011

perihal kerja - gaji


yang ni perihal dapat gaji. tak sabar betul dibuatnya taw. seminggu sebelum dapat gaji tu aku mula la tak tentu arah. langung jadi seorang yang paling rajin, paling cemerlang, paling gemilang, paling terbaik, paling tercantik. semua tu aku. buat air untuk bos, cakap sopan2. bila da seminggu jadi pekerja dedikasi, dapat gaji, terus senyum sampai ke belakang kepala. sampai guard kat bawah pun aku kelip2 mata.

aku da boleh berdikari bila guna duit sendiri untuk beli2. dress, skirt, baju kecik, eye-liner, deodorant, heels. itu biasa bila ekonomi da kukuh sikit. terasa da semakin ada tujuan untuk hidup ni. yess ! tak tak. yang sebenarnya nak cerita pasal orang lain. bukan diri sendiri sebab nanti mesti berjela-jela T___T



cerita pertama : keluar dengan kawan2;

aku : kira sekali ye (cakap dengan tauke kedai)

yang kengkawan garu2 kepala konon2 tak paham.

aku : takpe, aku belanja korang.

terus mereka berwajah ceria sambil usap2 belakang badan aku.



cerita kedua : sehari sebelum balik kampung, dengan bermurah hati terus calling adik2;

aku : nak apa2 tak? angah nak balik esok.

adik pertama : nak MP3 warna pink kalau boleh.

adik kedua : adik nak jajan dengan pensel box upin ipin.

aku : ha yela.



cerita ketiga : perihal abang kandung;

minggu lepas ke minggu bila, dengar kereta dia terlanggar bontot kereta orang. bila dapat taw cepat2....

aku : angah ada bank in sikit kat abang untuk tambah2 duit nak repair kereta.

abang : ala susah2 je (poyo!)



cerita keempat : keluar dengan kekasih;

sekarang aku da boleh la sikit2 belanja tiket wayang, kenny rogers, bayar tol and parking bila dating.

aku : nak apa2 cakap la. nak selipar ke. kata selipar da putus.

zul : tak pe la. lain kali je (ya Robbi pemalunya)


ok ok. yang ni terpaling best bila tiap2 bulan tak pernah lupa nak bagi mak, abah duit. sikit ke banyak tu belakang cerita. janji aku berjaya buat mereka tersenyum manis. ye. mak, abah senyum manis macam kuih koci =.=' jangan. jangan kau lupa mereka.



Ya Allah terima kasih di atas rezeki ni. bersyukur weh jangan tak bersyukur. kalau tak bersyukur bila2 masa je Allah tarik balik rezeki. nanti kalau da tarik camne? sila bersyukur sekarang.


sekadar gambar hiasan. comel sikit2.


7 comments:

liyana said...

yeah! thumbs up entri ni! :)

LittleSunshine said...

alhamdulillah..keluarga tu amat penting..gud!!

Amira Naddia said...

cerita kelima: sile la topup member blogger

farysa allyssa said...

adik ipar bila? HAHA :p

.hasina. said...

kak liyana : thna akak. reader steia skng ni kan ;)

little : alhamdulillah ;)))))

amira : aah nk topap ke? ngee~

farysa : eira, mai jumpe kak sina meh <3 :)

ayeemi hamasaki said...

aku terasa cerita pertama tu

ElyaElmo said...

baru dpt gaji ..best kan