Thursday, March 3, 2011

hari jadi saya.



sehari sebelum birthday tengah berkira2;


kawan2 wish ke tak,
mak abah ingat ke tak,
adik-beradik belikan kek ke tak,
kekasih hati bagi hadiah ke tak,

sebabnya my birthday tahun ni jatuh hari kerja. memang tak dapat la nak jamu kawan2 makan, nak peluk2 mak dan adik. nak celebrate dengan kekasih hati di restoran mahal2 pun memang kem salam la. sebab? sebab hari khamis, jatuh hari bekerja kan.

malam hari bersejarah tu pulak ada sorang kawan kat fb wish birthday sambil mintak kek. aku dengan sopan cakap ngan dia.

aku : kau la yang belikan kek, tahun ni aku belum dapat kek lagi.
kawan : eleh. ntah2 yang tersayang
buat surprise.

masin mulut kawan aku ni. tak sampai sejam zul datang dengan tiba2. dalam kepala da bajet da mesti bawak hadiah. hihi.. (gelak jahat) bila dia sampai tengok dalam kereta tak de pape pulak. sebab biasanya macam tahun lepas dia bagi teddy bear letak kat seat sebelah driver.




tapi.




tapi.




tapi.




taraa..


sila jangan scroll ke bawah dulu. agak2 korang la apa yang dalam paper beg ni. hihi.. mula2 aku tinjau kat dalam beg ni gila terkejut weh. macam2 kotak hadiah ada. seronok sampai rasa nak lempang2 pipi comel aku ni.

present utama sampai mata tengok juling2 : gelang cantik dan menawan. yang ni memang menjadi minat dan kegemaran aku pakai aksesori kilau2 cenggini. haish, terima kasih tak terhingga kepada kekasih tersayang.

present kedua sampai jadi gila 10 minit : dua pasang brooch dan sepasang anting2 dari sabah. auww. dapat brooch memang best sebab brooch memang macam biskut. kejap ada kejap hilang. tapi yang ni kalau hilang aku sentap weh. yang anting2 menarik kau memang da boom tu mutiara dari sabah. memang dalam masa terdekat ni nak beli anting2 sebab anting2 lama tu da tercabut. beli mahal macam mana pun kalau tidur tu gaya kuak lentang memang kau menangis la pagi2 tu. err lupa nak bagitahu. hadiah boleh gila 10 minit ni mama zul yang bagi. mama zul ye :)))))))))))

ada sekotak lagi ni. kotak love besar. macam taw2 je aku addicted biru. yang ni hadiah anniversary saya. ye. sehari sebelum birthday my anniversary. tarikh dekat2 je kan. ferrero rocher macam biasa sedap sangat sampai tergigit2 jari manis. coklat youghurt ni aku tak pernah lagi jumpa before ni. tapi bila buat pertama kali makan rasa macam, ah aku tak nak kongsi dengan kau. ni aku punya ! memang sedaappp dan hebat :P

see. macam tak percaya je fb ni reminder kat kami pasal anniversary. pernah jumpa tak? aku first time jumpa since gian ber -fb ni. best kan best kan :)

ok ok. yang ni penting :
terima kasih yang tak terhingga kepada semuaaaaa yang wish selamat dekat aku. sama ada kat fb, yang calling2, yang ber-sms, yang jerit2 kat telinga. terima kasih di atas doa kalian.

da 22 alhamdulillah. tengah tunggu orang masuk meminang je ni. caw. nanti update lagi. yaay !


5 comments:

liyana said...

sina! seronok nye! dah la dpt surprise pastu ada hadiah lg. alolo sweet nye. klu akak dpt dah bguling2 kesukaan dah. hehehe
tunang akk x penah pun bg hadiah bday. serius! x romantik kan. haha
pastu boleh pulak lupa birthday akk. huwaa kejam giler kan. tp tetap tu je la yg tsayang nyee. hahaha

ayeemi hamasaki said...

aku jealous ;(

sya hassan said...

best owhh.. kejelesan melandakuh,, huaaaa

.hasina. said...

kak liyana : mmg best kak surprise2 ni. lebih drp guling2
da. hehe.. ajar la tunang jadi romantik. mesti besh nant :)

ayeem : xmo jeles2, sufi pun dua kali bebih
romantik lagi kan kan :)

BELLE said...

masin mulut aku kan sina ;) aku baru cakap yang tersayanggg dtg bwk seprise..memang betul2 bnyk seprise kau dapat..amin amin...

esok bufday aku..kau pulak la harus masin ganda kan bg org buat seprise kat aku pulak kan ;)