Sunday, April 3, 2011

meroyannya nak bercuti !!!!


adoiyai.. kau mengeluh ke? panggg kang ha. err tak tak. cenggini aku tengah meroyan ni. nak bercuti sampai mata terkulat2. nak jenjalan sampai urat peha tenggelam2 timbul, nak sopping2 selagi ada yang murah macam kasut hush puppies rm80, 4 pasang. wakakaka.. ada ke?

nak bercuti. kang bila aku tanya2 kat zul mesti dia ‘ simpan lah dulu duit bonus tu...’

ni semua gara2 kawan2 opis yang selalu sangat pergi bercuti. asal aku datang kerja je tengok2 atas meja ada keychain.

macam minggu lepas kak rozi bagi keychain strawberi sebab dia baru balik dari cameron highlands. siap pakej bagi buah strawberi masam lagi :P

minggu sebelumnya kak chenah dengan kak nana bagi keychain dari kelantan.

minggu lepasnya lagi kak nurul bagi gelang dari sabah.

minggu lepasnya lagi dalisa bagi sebundle keychain sarawak. ha sebundle kot. siapa nak pakai? ke kau nak letak kat telinga macam anting2 tu?

lepas tu minggu lepas lepas lepas lagi banyak punya lepas kak yana pulak pergi indonesia beli tiga pasang baju.

waah bestnya kawan2 semua pergi bercuti. and and terima kasih la gift korang yang memacam tu. nanti. tunggu aku pergi bercuti pulak aku belikan sorang satu teddy memerang dan cekelat mahal. err siapa2 ada contest percutian sila tag saya ye =.=’ mana taw dapat ber-honeymoon secara free pulak. and sila2 suggest tempat bercuti ok?


No comments: