Wednesday, April 6, 2011

tak payah pakai kereta la camni ! sob sob sob :(




bila lepas dapat gaji memang da jadi kebiasaan balik kampung sebab nak belanja isi2 rumah makan seafood. dipendekkan cerita, baru2 ni balik la kampung. disebabkan baby FL dah ada, so tak payah nak naik bas tukar2 yang membuatkan punggung jadi lebar. tak payah nak paksa2 orang ajak teman balik.

kiranya shah alam-negeri sembilan adalah destinasi paling jauh takat ni yang aku drive sorang2. agak menggelabah dan sangat fokus kau kata. tapi bila kat highway LEKAS, jalan sunyi sepi je sampai bunyi kentut pun boleh bergegar baby FL. bila da sedap drive tak sedar 130km/j tengok kiri, kanan kamera perangkap had laju ada. cettt ! kalau surat saman sampai ke rumah memang masak kena leter dengan abah. drive punya drive, ok done ! sampai rumah akhirnya =.=’

lepas tu bila nak gerak balik shah alam semula, memang menggagagau cari jalan. sebab selalu bila balik dengan orang, kerja kau memang tidur. kan da tak taw arah. terus laju2 mesej dak zul ni.

sina : ni kat mana jalan ni?

zul : sekarang kat mana?

sina : bla bla bla @$#$%&*^%#$@+ (explain tak tentu pasal)

zul : sayang jalan terus je. jangan kona2 nanti da sampai JJ mesej zul.



....................................



sina : datang ambil kat *&^%#^%^&. da sesat la. tak taw mana da ni.

zul : tadi zul kata terus. ni mesti masuk simpang kiri kan?

sina : aah la.

zul : kan da cakap tadi terus je sampai JJ. degil la.

sina : takut la.

zul : takut kenapa?

sina : terus tadi macam nampak signboard JB. takut sampai JB pulak.

Zul : lol. degil la ! tak payah pakai kereta la camni ! tunggu, sekejap zul sampai !


sad :(

5 comments:

liyana said...

hehe akk pun same mcm awk sina, menggelabah x tentu pasal je.. haha
nasib baik ade superhero zul dtg membantu yer.. :)

fasha said...

comelnya sina!

hehehehe

Puan Nurul said...

takot tak bawak kete?nurul baru beli kete fl jugak..tapi mcm takot nak drive la.. mcm besarla pulak kete tu..kihkih...

.hasina. said...

kak liyana : pempuan mmg cpt gelabah kot. hahaha.. that's why I love my Hero kak. hehe...

fasha : baby FL yg chomel lah :PP

Puan Nurul : mula2 sure takut tp lama2 ok nnt. insyaALLAH kak :)

nina said...

sina.... aku pun sma gak mula2 dpt keta... siap mengs lg duk tnggu nas dtg..... huhuhu.... xpe semu tuh pngalaman syg.....