Thursday, June 23, 2011

kena saman :'(


nampak tak gambar kat atas tu? haih. rasa2 nak marah ke nak happy sebab first time dapat saman? omg! tapi yang peliknya aku datang pagi2 lagi nak pergi opis, lepas subuh memang tak duduk diam terus zup.. zup.. zup.. bersiap dengan harapan dapat tempat parking best2. bila sampai sana ada 3 orang pegawai MBSA tahan aku.

MBSA : ada sticker ****?

aku : takde.

MBSA : kalau macam tu tak boleh masuk.

aku : habis nak parking mana? sambil pandang sekeliling. yang aku tahu kat situ je la tempat parking hari2 biasa aku datang kerja.

MBSA : kat luar sana. tepi2 jalan.

aku : erk? boleh ke? (setahu aku kat situ tak boleh parking, terang2 tulis zon untuk diclaimp!)

MBSA : boleh puan.

puan? shit la you!

tak sampai setengah jam akak receptionist intercom aku cakap keretaku kena saman. peliknya! pegawai tu tadi kata boleh parking tepi2 jalan, siap tunjuk2 telunjuk jari lagi. jangan kata nak tambah duit poket untuk raya. shit lah sekali lagi! mengeluh sekejap.

esoknya terus laju2 bayar saman. sekarang dah lega. nasib baik seploh hengget je kalau tak pengsan jugak nak raba duit time hujung2 bulan ni. tak nak aku kumpul2 saman. nanti kang kalau da buat koleksi buku saman kena jawab dengan abah pulak! lagi naya.


2 comments:

Fathiah Hamim said...

hoh naseb sepoloh inggit

liyana said...

hehe nsb 10hengget je, nsb baik akk xde kete, klu x berlambak saman kot, haha