Tuesday, October 4, 2011

Si Bulat


Sewaktu ketika dulu aku gila kerempeng. Kurus melengking dah ibarat macam lidi je. Masa tu sekolah rendah dan sampai la sekolah tinggi badan still mantain lagi. Kurus sangat sampai Mak Teh aku cakap cuma nampak tulang pinggul je. Lagi sedih bila Mak Teh kata lagi, kurus sangat badan tak cantik nanti kahwin tak sedap nak peluk! (*masa form 5 lagi dah miang2 cakap pasal kahwin. dah macam umur 26! sebab tu sekarang aku matang dari usia. perghh.. pengsan readers*) Sentap mak.... jah. Aku bab2 orang kata aku tak lawa, badan godang, rambut kerenting, telinga capang memang pedih lah. Padahal aku rasa kalau slim boleh jadi model versi pendek. Oleh sebab nak lawa dan bila kahwin nak dipeluk sedap punya fasal, aku pun makan itu dan ini. Mcd, Kenny Rogers, Pizza Hut, roti canai, roti sardin, karipap pusing, kek batik, biskut beraneka jenis, kuew teow lazat, mi siam, Ferrero Rocher, maruku. Dan dipendekkan cerita semua benda yang halal aku bedal. Langsung sekarang badan dah tak maintain macam dulu. Lemak dah mula menepek kat perut, peha dan lengan. Kalau gaduh ala2 manja dengan si kekasih sempat lagi menyakat aku panggil si bulat, si bulat sambil tunjal2 kat lengan aku ni. Lepas tu aku panggil dia tambi dia jegil2 pulak mata pandang aku. Habis, dah dia ejek aku bulat tak kan nak diam kan aje. Memang tak aci lah kan? Bukan sekali dua dia panggil aku si bulat, lebih dari 15 kali ada agaknya. Sentap mak.... nak. Ehh sejak bila pulak aku pandai nak sentap2 ni? Sejak si kekasih panggil aku bulat! Ok fine. Sekarang disebabkan addicted nak kurus aku cuba diet. Tapi tak menjadik sebab orang kata kalau nak diet tak boleh makan nasi. Tapi aku dan nasi mana boleh dipisahkan. Lagi2 aku orang kampung, kalau takde sambal belacan tak sah. Kalau takde pucuk ubi rebus tak sah. Kalau takde sambal petai campur udang tak sah. Sangat melayu kan? Lepas tu pikir punya pikir last2 dah taw jawapan.



Taraaa...




minumlah Bliss. Sekarang aku amalkan minum air ni masa sarapan. Memang terbukti bagus untuk penghadaman. Pagi2 lagi dah beree2. Best.. lega.. balik kerja, malam tak sah kalau tak bukak peti ais minum Bliss ni. Baru2 ni ada promosi beli 3 Bliss dapat percuma tuppaware air. Cute je aku tengok botol tu. Siapa tak nak kan? So, sekarang aku tengah mengumpul tupperware air free dari Bliss. Buat masa ni tak pakai lagi la tuppaware2 tu. Ingat nak bagi kat anak sorang satu nanti bawak pergi sekolah. InsyaAllah kalau rezeki dapat anak cepat lepas kahwin nanti.
p/s : Ehh korang tak nak rembat ke tuppaware minuman free dari Bliss. Sila bersila.

6 comments:

Liyana said...

wah... hehe.. mcm dh dekat je tarikh nk kawen tu? :)

aah la akk perasan kt skul dulu awk kurus je ek, skrg berisi sikit, terbalik dgn akak kot, hehehe

.hasina. said...

akak, sy teringin nak kahwin tp bukan buat masa sekrang la :P saja2 je tuh.

tula susahnya la nak turun blk berat bdn ni.
ehh bukan ke akak dr dulu kurus je? ;)

Den said...

haha.. tak kawen kurus pun takpa.. nanti dah kawen bagai dipam-pam kau.. ;)

fasha said...

sinaaaaa..
jangan kurus duluuuu. nanti kita xde kawan T____T

budak penjara said...

haha..nk try amalkn gak la

.hasina. said...

Den : selepas kahwin lagi nak jaga badan. biar kena pam mcm mana pun. nk kurus jgkkk ! :P

fasha : alamak ! hehehe...

budak penjara : sila2. mmg berkesan okay!