Sunday, November 13, 2011

Rumusan setahun kerja



25 Okt 2011 genap setahun aku kerja di sini. Kerja yang dah kira stabil, tetap dan ok ok la dari sebelum ni. Tapi dugaan masa kerja lain macam berbeza zaman bergelar pelajar dulu. Ingat lagi masa mula2 masuk sini, nangis je malam2. Dah la time kerja macam kera sumbang. Susah nak adapt dengan benda baru, bergaul sesama rakan yang lebih berusia. Kira kat situ aku paling muda la. Mana taknya umur baru 21 tahun. Apa celop nak kerja. Tapi Alhamdulillah rezeki nak datang awal, 4 bulan menganggur terus dapat kerja konvo pun tak lagi masa tu. Lepas 4 bulan kerja rezeki awal dapat beli kereta. Masa tu risau jugak nak beli sebab kerja kontrak belum permanent lagi. Rezeki lagi dapat rumah sewa yang depan tempat kerja je. Pergi kerja pun jalan kaki. Sempoi gila, dekat gila, happy gila. Takde pakai duit minyak, cuma peluh je dikeluarkan. Tapi sebab rezeki nak ada kereta awal, so dapat la si baby FL ni. Lepas tak lama tu kerja dari kontrak terus dapat permanent. Rezeki lagi, Alhamdulillah. Then ofis pun da pindah ke tempat baru yang lagi besar dan ok la. Rumah sewa pun da pindah lagi dekat. Tapi malangnya rumah kena rompak, habis laptop kena curi. Lepas tu pindah rumah lain lagi. Kali ni rumah dah kira ok ok la kot. 8 bulan kerja aku dinaikkan pangkat & dinaikkan gaji sekali la. Gila terkejut sebab rasa awal lagi oi. Tapi rezeki kan? Siapa tak nak. Sekarang hajat di hati nak rumah sebijik. Tapi  memang belum mampu lagi la. Kena kahwin cepat2 kot, boleh tumpang rumah suami kan? Ekeke :P Apa2 pun kena la bersyukur & terus bersyukur. Kalau tak bersyukur bila2 masa je Tuhan ambil nikmat hidup kita. 

1 comment:

Liyana said...

untung awk sina, akk ni dh bertahun keje pun still blm mampu nk pakai kete..hehe