Monday, January 9, 2012

First time masak utk si buah hati. Ini kejam!


Weekend lepas adalah hari malas memandu. Sekarang penyakit tak rajin nak drive dah datang dalam diri dengan tiba2. So, mesej la kekasih ‘ayaannggg datang la sini...!’ gedik macam pontianak.

#okbai. 
 Bahaha! 

Lepas tu decide memang tak nak balik Cheras last week sebab malas nak drive punya fasal. Lantas Si Zul pun datang sini. Taw je dia nak datang terus terfikir nak masak untuk dia. Nak picnic kat Tasik Shah Alam la konon2nya. Tung tang tung tang la aku masak kat dapur rumah. Sebab KL-Shah Alam sekangkang kera, kejap je dia dah sampai. Aku decide nak makan kat tasik sebab kat situ je kot tempat yang paling romantik sekitar Shah Alam ni. Elok je duduk kat pangkin situ & ku buka la bekal ku. Ada nasi putih, sambal sardin, sambal ikan bilis & telur dadar. Simple sangat lauk nak bagi kekasih jamah. Apa kan daya itu je yang ada kat rumah untuk dimasak. Makan la dengan sopannya kami berdua. 

Zul : yanggg, nanti tak boleh masak sardin selalu taw. 
Sina : kenapa? Tak sedap ke ni? (*dah start kecik hati*)
Zul : abang tak boleh makan sangat. Nanti mesti selsema & resdung teruk.
Sina : alaa.. kita ok je. Sardin ni favourite kita. Hari2 makan pun takpe sejak kecik lagi kita suka sangat. 

Tak sampai 10 minit dia terbersin teruk. Siap merah2 lagi mata.

Aku pandang dia.
Dia pandang aku. 

Sina : dah la yanggg tak payah makan da sardin tu. 

Kecik hati wuuuuu.. lepas tu terus dia tak habis makan. Yang melantak sardin sampai licin adalah aku. Tu la padahan bila tak pernah masak untuk dia selama 2 tahun kenal ni. Fast food je yang masing2 kejar.

Bahahaha!
Keji.

Sembang2 lagi rupanya makanan favourite aku dengan dia jauh beza. Satu pun tak sama. 

Dia suka : ayam masak merah, daging masak kari, ikan bilis pedas, no sardin. 
Aku suka : ayam goreng cili padi, daging masak kicap, ikan bilis tak pedas & hari2 sardin pleaseee.

Adakah selepas berkahwin aku kena masak ikut tekak aku? 

Adakah aku kena ikut tekak dia?

Adakah kena masak dua2 hidangan sekaligus? 

Adakah adakah?

Lepas makan terus berjalan ke Jakel mencari kain pasang untuk dibuat hantaran. Ehem! 

5 comments:

Liyana said...

itu perkara biase. selera tekak x same... hihi

akk terpaksa la msk ikut tekak hasben. nt kang die x mkn pulak klu ikut selera akak. nt ade anak lg la kena masak ikut selera anak pulak yer... hehe

slow2 belajar... lama2 ok je :)

-nina- said...

kalu dh mcm tuh kne lah cri yg sma2 suka... hehehe

.hasina. said...

kak liyana : tu la pasal, nanti nak tak nak kena la masak
apa yg dia suka. kang tak makan kita jugak yg sedih :'(

nina : aku kena masak mcm2 la. hehe

iizla said...

selera sy ngan hubby pon berbeza.saya suka yang masak merah, tapi hubby suka masak lemak cili api. bila dah duk serumah ni, terpaksala belajar terima selera dia, dan dia terima selera kita. skrg pon masih x berapa nak serasi lagik..

.hasina. said...

iizla : kena byk masak ikut selera dia la kan..
baru boleh menang kat hati dia.
sbb kita boleh makan apa je actually. suami di
dahulu kan :)