Tuesday, January 24, 2012

Hadiah kain lace :')



Bila masing2 dah decide 22 Januari 2012 untuk tarikh merisik aku rasa lega sebab masa tu tengah cuti raya cina. Lama cuti, 4 hari sampai Selasa. Dapat la aku rehat, kemas & sambung gosip dengan mak. Dan balik dari Shah Alam hari Selasa tu dapat jugakla nak bergosip dengan housmate semua pasal hari merisik ku. Lepas tu tak semena-mena my roommate terus bagi hadiah..............



taraaaaaaaaaaa.. 
 

kain lace from Indonesia. Cantik kan?
Dah la aku suka kain lace! Heuheuheu.. Katanya hadiah sempena tunang merisik. Merisik pun ada hadiah kan? Yeyeye! Bila cerita dekat Zul terus dia cakap...

‘...semua orang sayangkan sayaanngg, belum apa2 lagi dah dapat hadiah. Murah rezeki Tuhan nak bagi...’

Mak Lang ku akan melangsungkan perkahwinan bulan 4 ni. Baru ingat tak dapat nak buat baju baru untuk wedding Mak Lang sebab nak saving duitlah kata kan. Tup tup tup dah ada orang hadiahkan kain. Alhamdulillah rezeki lagi. Before ni pun selalu sebut dalam hati takde baju yang warna2 lembut. Asyik warna garang2 je. Merah, hijau, ungu.. Sekali, berjurai-jurai datang rezeki tuh :’) 
  • Baju tunang aku nanti warna oren cair/peach. 
  • Hantaran kain pasang  Zul bagi warna kuning air. 
  • Hadiah kain lace ni pun warna krim. 
Kebetulan wedding Mak Lang nanti pun peach jugak. Boleh la join ikut tema! Agaknya Allah dengar doa aku & perkenankan....... Amin ;) Betul la kata kawan2  yang bagi nasihat dari twitter;

"...Kalau niat ke jalan yang elok Allah akan permudahkan segala-galanya..."

"...Perkahwinan bukan untuk menyusahkan tapi untuk menyenangkan/meringankan semuanya..."

"...Perkahwinan adalah untuk mengejar kebahagiaan..."



3 comments:

Liyana said...

betul2, bila nak kawen mmg mcm2 dugaan, tp semuanya Allah permudahkan... jgn putus asa je :)

Nini Hartini said...

'Agaknya Allah dengar'... jgn lupa Allah memang sentiasa mendengar dan melihat apa yg dilakukan hambanya.. InshaAllah, mmg bila niat kita baik untuk ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan segalanya...

tahniah!

.hasina. said...

kak liyana : thanks kak. hope semuanya akan ok saja. insyaAllah..

Nini : thank you awak :') insyaAllah..