Sunday, January 22, 2012

Merisik :')


Bismillahirrahmanirrahim.;)

Al-kisahnya empunya blog ini baru lepas dirisik. Amin..

Ringkas kan je la ye aku story kat sini sebab still dalam mood *blushing lagi ni.

21 Januari 2012, Sabtu – Seawal jam 6am aku dah bertolak balik dari Shah Alam ke Kampung Nismilan. First sobab eh memang dah biaso balik noghori pagi2 dek nak elak an jem. Lopeh tu nak poie boli barang2 sikit sobab eh kuargo Zul nak datang merisik esok eh. Den, omak den dongan dua adik pompuan den bergasak la ko Econsave yang ponoh dongan cino yo sobab ghayo cino lah kan? Then lopeh balik tu bergasak jugak la den dongan adik komeh ghumah sampai ke malam! Nasib baik la adik den ni tongah cuti sem kalau tidak bengkok yo buek kojo songsorang. Hahaha!

22 Januari 2012, Ahad – Pagi2 lagi my mom dah kejut dah. Kemas2 rumah lagi kali ni bahagian ruang tamu pulak. Panggil jugak jiran sebelah rumah sebab nak mintak tolong masak2. Panggil jugak Mak Ngah (*kakak abah) untuk tolong masak2 jugak. Yela aku dah la 4 beradik je. Yang si abang tak dapat balik sebab kerja, si bongsu pulak baru 8 tahun takkan nak suruh macam2. Aku berdua je la dengan adik aku bersilat kat dapur tu ha.

 Lauk-pauk yang kami hidangkan;
  •  nasi putih
  •  ayam masak lemak cili api
  •  sambal udang
  •  ulam-ulaman (*salad, timun cicah sos*)
  •  tauhu goreng
 Pencuci mulut;
  •  blueberry cheese tart
  •  agar-agar
Air minuman;
  •  oren jus
  •  air suam. 
Alhamdulillah semua settle.

 Hati dah start dup dap dup, peluh jantan pun dah keluar T________T

Lama jugak tunggu Zul & his family tiba sebab jem. Aku dah bagitahu siap2 da kena gerak awal sikit sebab musim raya cina ni memang comfirm jem. Si dia tak nak dengar kannnnn dah jemmmmm. Oleh kerana lama jugak menunggu, lauk pun dah siap masak aku dengan family lunch dulu kecuali aku sebab punya semangat berkobar2 (*semangat yang macam, kalau dia tak datang lagi aku tak nak makan wooo*)

Tepat jam 2pm family Zul sampai lah dengan tiga bijik kereta. Ni la first time parents kami bertemu so kena la bawak Zul datang sekali nak tunjukkan jalan. Sebab aku over malu langsung tak keluar. Duduk dapur je, salam pun tak. Ngeee -.-“

Sambil aku senduk nasi, sambil aku cedok lauk sambil tu la aku besarkan telinga nak dengar apa family Zul & family aku bincangkan. Ada la jugak dengar buah butir apa mereka2 cakap. Antara yang aku dapat tangkap ialah abah aku mintak dua cincin masa bertunang nanti. Pelik jugak sebab takde pun aku stand by awal2 nak bagitahu Zul pasal tu. Kang tiba2 terkejut beruk pulak dia.Takpe2 akan ku tanyakan pada abah bila dah selesai semuanya nanti. Tiba2 Mak Ngah aku datang masuk dapur bagi cincin tanya/risik kat aku. '...Ehh dah dapat dah? Tak sarungkan ke?..' (*kufikirkan kena sarungkan kat jari, nasib baik tak sakan make-up*)

****Time balik ****

Nak salam ke tak, nak salam ke tak. Dari tadi aku tak keluar2 ni, jengah muka pun tak. Hidangkan makanan pun tak, bersalam pun tak. Malu sebab diaorang tengah discuss pasal aku kot. Tiba2 aku dengar Mak Teh Zul tanya… ‘... mana Sina…?’ aku pun macam blur2 terus keluar salam semua orang & say thank you. Siap lambai2 tangan lagi dengan mak dia sebab teruja dapat cincin! Bahaha!

Bila dalam rumah kami lunch untuk kali kedua hokay! Sambil2 tu sembang la apa benda yang dicakapkan tadi. Sempat jugak aku mencelah pasal dua cincin yang dia kena bagi time tunang nanti. 

Ooo rupa2nya adat N9 memang ada tiga cincin.
  1.  Satu cincin belah rotan untuk tanda/risik (*dah dapat tadi*)
  2.  Satu cincin belah rotan (*bawak masa tunang*)
  3.  Satu cincin yang ada batu (*bawak masa tunang*)

Mana la aku taw pasal adat2 ni. Yela sebabnya masa darjah 1-6 aku sekolah kat sini. F1- F5 duduk asrama. Habis2 asrama sambung study kat Unisel. Weekend balik rumah atok kat Cheras. Belum konvo lagi, murah rezeki dapat kerja kat Shah Alam. Weekend balik rumah atok jugak. So, tak dapat la nak belajar pasal adat2 N9 asyik nak merantau je. Masak la Zul kena beli dua cincin lagi untuk majlis tunang akan datang. Tiba2 terbayang pakai 3 cincin sekaligus. Tak ke macam makcik2?

10 comments:

Abu Luqman said...

singgah malam

Anonymous said...

congratulation sina!!!

iliqila :)

Liyana said...

wah congrats!! dah dicop sirim! hehe

sptut nya adat n9 camtu la sina, cincin risik 1. waktu nk brtunang nt, kena bwk lagi 1 cincin dipanggil cincin iring, sbb nak mengiring sekali cincin tunang. Ada org mls nk byk2 sgt, phk lelaki mintak blk cincin risik, baru sarung kt jari kite.. gitewww, hehehe :)

Ehem, bile majlis nye? :)

iizla said...

wah congratsss!!!
mesti blushing lagi nih kan..

.hasina. said...

thank you so much semua org :')

insyaAllah majlis dalam bulan 3 nanti !
hehehe...

the juliet said...

Congrats Sinaaa ! Ehem ehem. Dah ada cincin tanda lah diaaa. Woot woott ! :P

.hasina. said...

terima kasih mira sayanngg :')

mrs irmidrza to be said...

heheh...congrate dear...=)


nway salam kenal dear..miza b2b singgah sini dear...jom tukar link..folo u dear...folo miza balik ya..=)

http://lildrwalimah.blogspot.com/

fasha said...

wahh sina bestnyeee! tahniah eh!
kite yg baca ni pun neves haa.. hahah

bertunangnya bila sina??

.hasina. said...

Mrs irmidrza : tq dear! :')

fasha : ehem! bertambah neves lg kita ni coz this
saturday yanggg :')