Tuesday, March 6, 2012

Baju tunang.


Hmmm mana dulu ye nak start pasal review majlis tunang. Ada beberapa orang emel mintak review sikit. Mulanya beberapa orang ni suruh review before majlis. Sebulan before ke two weeks before ke kiranya time aku buat preparations la. Tapi aku tak berapa suka nak gebang2 kan dulu. Takut jadi macam jejari runcing, tak menjadi. Opss :P Sekarang majlis dah langsung boleh la bercerita serba sedikit. 

Oklah aku start dari baju dulu ye.


Baju ni aku tempah before merisik lagi. Memang saja nak buat baju kurung moden sebab after this boleh la pakai time raya. Aku kureng sikit bab2 nak sewa ni. Semua benda aku nak tempah, nak ada sendiri punya. Sentimental value tu. Nak sewa pelamin pun aku tolak. Mula2 aku nak sarung cincin dalam bilik je tapi mak aku kata takut rombongan lelaki panggil keluar nanti nak duduk mana? So, parents aku pun letak2 bunga, kain sikit dah jadi mini pelamin. Kain nak buat baju ni beli kat Jakel time sale. Tapi kat Jakel, sale pun susah nak percaya. Sebab duit tetap mengirai mahalnya :’( Lagi satu majlis tunang aku nak se-simple yang boleh sebab tak nak melebih2 macam nak menikah pulak. Perabis cantik2 time tunang, nanti nikah/kahwin jemu dah orang tengok. Tak best jugak ye tak? :P Haha.. sebab baju tunang hantar awal, siapnya pun awal jugak. Manik kat tangan & bawah baju ni semua aku sendiri2.  Fabric flower chiffon ni pun aku bikin sendiri (bahagian leher). Ada orang ingat aku beli & tampal walhal 100% aku buat. Siapa2 nak taw cara2 nak buat fabric flower boleh emel aku ajew :D


 Aku pengantin, aku jugak yang hias diri sendiri -_____-

 
 Handbouquet pun sendiri. Beli bunga & kau cucuk2 je. Lepas tu tambah riben besar sikit. Riben biar dari kain satin baru nampak bunga macam hidup -_____-
Veil my mom yang belanja :)
 Ok nanti sambung review pasal lain -______-

2 comments:

Liyana said...

jejari runcing? oppss, hehe

mmg sentimental value bile kite diy sndiri kan? buat la review psl bunga kt leher baju tu pulak ek, blh apply kt baju raya akk thn ni, wahh! :D

anyways, tahniah k, jage hubungan elok2, bertunang ni byk dugaan nye, lg2 bile hari makin dekat, yg pntg sabar & byk tolak ansur k :)

.hasina. said...

opss? hehe..

akak, nanti bila2 masa saya review pasal bunga tu ye.
raya lambat lg. kejap je nk buat bunga tu. hehe

tq kak. berdebar & risau kalau ada dugaan yg hebat2 ke..
hope semua ok je until hari langsung.