Wednesday, March 7, 2012

Doorgift.

Ok review pasal doorgift pulak. Totally aku buat sendiri dengan gigihnya. Mula2 nak bagi untuk kawan2 je tapi ada bajet lebih so aku bagi semua orang sekali. Semua orang yang datang dapat. Memang niat nak bagi sebab rasa kasihan tengok kawan2 datang jauh tapi takde memori pulak nak bawak balik. 

Aku decide nak bagi yassin yang ber-print nama. 


Cari2 mana yang murah alhamdulillah jumpa yang harga ok sangat kalau nak dibandingkan dekat Mydin. Link ada kat sini ye. Aku order hari Khamis, Sabtu minggu tu jugak dah dapat cepat kan? Dia terus hantar kat rumah Shah Alam tak main pos2.

Lepas tu aku bagi epal fuji (epal madu) beli kat ChowKit boleh dapat harga murah. 


Mintak maaf lah ye untuk doorgift aku memang kureng & takkan bagi cawan2 cenonit, sudu garpu cenonit, ntah apa2 lagi yang cenonit. Aku rasa semak. Kalau yassin boleh jugak baca & buah epal fuji ni memang best sebab manis berlemak. Boleh makan untuk pencuci mulut.

Lepas tu untuk bekas/karung/plastik mintak maaf jugak sebab aku kureng suka dengan paperbag yang orang selalu bagi tu sebab aku rasa semak jugak. Kat rumah aku rasa bersepah2 paperbag orang kahwin yang akhirnya abah aku akan bakar. Ahahaha ni serius!

*Depends pada orang la mungkin ada orang yang suka bagi tu semua*

So, aku beli brown paper.


Link kat sini. Tag thank you kat depan yang bulat tu aku bikin sendiri. Jenuh nak gunting malam2 & sorang2 jugak. Tapi rasa puas hati & suka! Ilham brown paper from Ally Iskandar & Farah Lee. Link kat sini

Juadah yang dijamu pada hari tersebut
  •  nasi putih
  •  ayam goreng
  •  paceri nenas
  •  daging masak lemak cili api
  •  goreng kacang campur tempe & ikan bilis pedas
  •  apam isi coklat
  •  tapai
  •  tembikai
  •  sirap limau
Apa lagi ye? Tak ingat dah sebab aku tak sempat merasa pun. Siapa datang last2 mungkin ada yang tak merasa jugak. Sorry ye dah licin-licau. Makanan sangat2 berpuas hati sebab ramai yang dok puji sedap. Keh keh keh :) Gambar tak snap sila salahkan adik saya :D

Ok nanti sambung review pasal lain -______-


5 comments:

Liyana said...

nk tau x, brown paper bag itu yg akk nk buat utk paperbag kawen dulu tp dpt tentangan kaw2 dari mak sedara, katenye sgt kesian, so die belanja paperbag kaler KUNING utk akak. dah la tema merah. mcm keling, haha bantai la labu.

akk suke smgt awk diy sndiri, puas hati n berbaloi kan. brown paperbag still ade byk dlm simpanan akk. akan guna utk cukur jambul anak nt, auww! :D

.hasina. said...

yeke.. tp sekarang ramai yg pakai brown paper mcm ni.
stapler terus lagi senang. murah pun murah tak m'bazir kak.

mak teh sy pulak order/suruh belikan yg mcm ni utk anak dia kahwin
bulan 11 ni.
berkenan betul dia ada jgk sambutan. hehe..

ZAT Chocolate said...

Salam... berapa harga sebijik epal awak beli untuk doorgift tu?

yuhana said...

nak tanya link yg akak bagi tu page not found lah..boleh bagi nama dia x?

cardbymyan said...

Salam

Kami jual printed paperbag & sticker (plain/custom nk letak nma pn ada), boleh google: cardbymyan or click HERE

Tq tuan tanah