Wednesday, March 21, 2012

Kelas ganti F2 & F4


Kelmarin aku ada kelas ganti untuk F2 & F4 (aku ajar F3 & F5 sahaja) Minggu lepas kan bebudak sekolah cuti seminggu so minggu ni teruklah kena ganti hari2. Lepas tu tiap kelas aku tanya macam mana previous punya kelas. Ok ke, cikgu mengajar macam mana, siapa nama cikgu, bab mana dah belajar.. bla bla bla... Masa kelas F4 student cakap cikgu BM diorang ajar macam budak darjah 1. Ajar macam diorang ni budak kecik. Ewah2 pandai nak kutuk cikgu ye. Lepas tu terus terpikir agaknya kelas aku apa la yang diorang cakap2 kan. Ish ish ish.. kelas F4 tu dah la ramai. Sebijik macam reban ayam dah aku tengok. Sejam kemudian aku masuk kelas F2. Secoet je bebudak dalam kelas tuition tu. Kelas sunyi sepi pasif sangat -__-  Aku tanya aku jugak jawab. Haih haih haihhhhhhh :[ bila lepas kelas, drive balik rumah senyum sorang2 pikir gelagat masing2. Kadang2 sikit sebanyak tercuit jugak hati ni. Tension, stress tu memang ada bila nak hadap dengan student2. Kerja mana yang takde stress2 ye tak? Tukang sapu, Perdana Menteri, driver lori. Semua rasa nak hantuk2 kepala kat dinding je. Dari kerja yang berpangkat kecik sampai la yang pangkat2 kehormat ni ada je masalahnya. Diri sendiri yang kena tentukan nak handle keadaan macam mana. Em em em bila la agaknya aku nak bersara dari jadi teacher ni. Yang pasti tahun depan takde dah kerja part time macam ni. Duduk rumah jaga suami pulak lah. Keh.. keh.. keh.. keh.. >.< Kerja dah kena normal balik 8 jam ofis hour la nampaknya.

1 comment:

Liyana said...

best la ade pengalaman jd cikgu.. nt boleh handle anak2 plk.. oppsss! hehe