Sunday, April 22, 2012

Ke Aquaria KLCC :')

Patutnya weekend lepas aku pergi PD. Kan ada aku war2kn dalam entry before ni. Tapi oleh kerana ada sebab2 tertentu so tak menjadi la. Lagipun 26-27 May bulan depan memang ada family day kat PD ofis punya. So takpe aku ok je. Jadinya, semalam ada lah surprised sikit dari Zul. Dia bawak pergi KLCC, aku macam biasalah merungut. Sikit2 KL sikit2 KLCC. YaAmpun sangat tak bersyukur. Bak mai lempang aku sikit? Sila beruntung ya tunang sangat2 rajin bawak iteww jalan2 :P Rupanya ada surprised banyak dari dia. Ehem :’) Firstly kat KLCC tu bawak pergi makan dulu.

Zul : baby makan je la apa baby sukaaaa. Baby pilih jeeeeee ^^

Ahaaaa tang ni ahkak sukaaa sangat! -_____-  Lepas makan, pergi ke Aquaria Klcc. Patutlah dia tanya bawak Nikon tak? 





Rupa-rupanyaaaaaa.... 





Memang nasib baik la kan kalau ke mana2 je aku ada bawak kamera dalam handbag. That’s why handbag godang. Tapi macam sentap sikit sebab bateri tak banyak. Mencik taw. Last2 tengok bateri exhausted terus gelabah. Yelaaa habis semua sudut ambil gambar, video bagai lagik T.T Lepas tu macam moody bateri dah kelip2 merah. Lepas 5 minit berjalan rupanya dah sampai pintu keluar dah. Pandai kau ya kamera betul2 dah exit bateri pun mati. Fuhh nasib baik kalau tak muncung2 lahhhh aku ni. Aku kan suka bergambar lepas tu terus cuci buat koleksi kat rumah. 



Gambar paling aku suka. Yang tu gamat & tapak sulaiman. Best sebab boleh pegang, macam tak rasa je bila letak kat tapak tangan sebab lembut sangat. First time pegang. Memories!


Hahaha! Macam buaya tiruan je sebab tak bergerak.

Tak rugi dia ni datang sebab asyik terbelek2 ke semuanya. Habis semua nama ikan dia hafal padahal aku dah ke depan dah -_- sayang2 :')

Alhamdulillah kurus dah budak ini :)

Jaws.


Yu.










Lagi gambar sila jangan cari kat FB sebab dah tak sudi nak upload gambar kat situ dah. Bahaha!

Sebelum balik Shah Alam macam biasa beli barang dapur kat Carrefour kena biasakan dah masak2 ni. Pergi jugak kedai baju, pegang2 baju kurung, usha2 baju. 

Zul : baby nak ke? 
Sina : boleh ke? 
Zul : ambil lah. 

Yang ni ahkak lagi sukaaaa. Dapat baju kurung baru lagi, boleh lah bawak pergi kenduri minggu depan. 

Psss : Tak lupa juga nak say thanks kepada dua orang akak ofis sebab bagi new dress & set Body Shop. 

Alhamdulillah masih ramai yang sayang :’)

1 comment:

Liyana said...

wahhh untung la.. hehe dah lame x bersiar2 =D