Wednesday, April 25, 2012

Mak obsess blog aku.

Mak dah addicted blog aku. Ni semua adik punya fasal. Dulu aku dah siap warning dia kat entry ni pasal mak, abah curik2 tengok blog sebab dia suka pampangkan lepas tu blah keluar naik motor. Haih! Aku & Zul dah la KAKI-JALAN-keliling-dunia, KAKI-SHOPPING-setiap-kedai-kat-shopping complex, KAKI-WAYANG-cerita hindustan-cerita omputih-cerita cintan cintun, KAKI-MAKAN-ayam-satay-kambing-sayur-cikencop, KAKI-LEPAK-kedai-mamak-Tutti-Frutti. Senang cerita semua benda ber-kaki lah kami layan. Itu ok lagi buatnya si adik paling kecik baca lagi dia gelak besar sorang2. Ehh banyak lawak ke entry aku ni? Mentang2 dah pandai baca kemain ya :') Dah lah weekend ni balik kampung. Matikkkk lahh kalau mak duk sengih2 pandang aku.


Adik curik2 ambil gambar time mak tengah baca blog & terus hantar wasap. Nampak tak mak kusyuk gila baca. Siap meniarap, topang dagu lagi. 




Si adik report terus dari twitter.

Ps : Redha.

1 comment:

Liyana said...

hehe yeay pdn muke die :DD

akk pulak setakat ni mak tau tp die x bace kot sbb xtau nk bukak, hahaha