Monday, April 16, 2012

Terengganu, Kepok Lekor & Sutera Batik


Weekend lepas tak keluar pun dengan Zul sebab dia ada kursus 3 hari kat Terengganu. So, memang minggu tu tak dapat deting lagipun aku balik kampung & dah ambil cuti lama since Rabu (cuti umum) then aku sambung2 cuti sampai Ahad. Biasanya kalau balik kampung Ahad tu aku keluar jumpa dia dulu baru gerak balik Shah Alam. Tapi sebab dia pergi kursus aku pun deting lah dengan family dia, semua bakal2 keluarga. Abah dia, mama dia, angah, ira, lyn & dua adik kembarnya. Aku dengan keluarganya boleh dikatakan rapat jugak sebab aku jenis yang banyak mulut kot. Ahaks~ 

Isnin (last kursus dia) aku awal2 lagi call mintak dia pergi Pasar Payang nak suruh belikan kain pasang batik sutera. Kat Terengganu selain kepok lekor, kain batik sutera yang famous kot. Berkali2 jugak aku ingatkan dia. Excited nak kain batik sutera! (sebenarnya aku tak yakin dia pandai nak beli2 kain ni) Dalam jam 2pm tu dia call bagitahu dah habis kursus & tengah cari kain.

Tak sampai setengah jam dia call balik; 

Zul : nanti abang nak bawak sayang kat sini la. Kita pergi sama2. Abang tak reti ni nak pilih kain. 

Haaa dah agak dah.  

Sina : alaa bilanya la nak pergi sana pulak. Dah alang2 kat sana tu beli je la. 
Zul : janji ! nanti kita pergi ya. Tapi ada beli something ni untuk sayang. 
Sina : taw dah. Takde benda lain kepok lekor.  

Ishhh ingat aku senang ke nak berjalan jauh2 ni? Takpe2 lepas kahwin memang kena tuntut nak datang Terengganu & beli kain batik sutera. Wuaaa tak kira :(

Zul : yangggg, minggu ni sayang ingat tak apa abang janji? 
Sina : ntah (buat2 lupa) 
Zul : abang bawak sayang pergi jalan2 kat PD ya. Hari tu kata dah lama tak mandi laut. 

Memang dia ada janji pun tapi...... eleh nak pujuk aku letew :D 
Alhamdulillah setakat ni takde dugaan berat masa bertunang. Cuma aku asyik terindu2 je. Ntah kenapa ntah. Kang nak suruh dia selalu datang sini jenguk aku macam tak best jugak. Macam dia takde kerja lain pulak nak berkepit je. Nak kena saving lagi. Sampai ada masa tu rindu siap meleleh2 air mata ni. Kesian! Ni pun dikira dugaan jugak ke? Konpius kejap. 


Ok sambung breakfast kepok lekor ganu jap. Haha semalam dia hantar kepok lekor memang seplastik godang kot. Macam2 kepok ada dari kecik sampai kepok besar2. 

Terima kasih sayang :')

3 comments:

Liyana said...

meh la anta sini seplastik dua kepok lekor tu.. hehehe

akk dulu mase awal2 tunang xde ape2 lg.. sume indah belaka.. huhu.. tp bile dh 3 bulan sblm kawen, masyaAllah dugaan hebat sgt, smpai rase nk mntk putus tunang. tp alhamdulliah jodoh masih kuat :)

jage hubungan baik2 k :)

Nur Munirah Ibrahim said...

sebab kaki selangkah ke arah perkahwinan..samala...kdg2 ira ckp dgn dia..abg bila nk nikah ni..bosan tido sorang2 hehe #gatal.

.hasina. said...

kak liyana : hehe.. dtg shah alam kak, sy bg free!
semoga takde dugaan beratlah. wuuu :(

munirah : hang jgn gatai sgt eh. hihih :DD