Sunday, April 8, 2012

The weekend


Saja nak share & nak suggestkan kawan2 weekend lepas punya story makanan, barang2, dress :’)

Yang ni best. Fish & Co. Sangat sedap sebab semua seafood. Mahal sikit takpe sebab berbaloi-baloi rasanya. Siapa suka ikan? Sotong? Lala? Salmon? Udang galah? Datang sini! Time ni roomate punya bf belanja. Tak boleh ajak Zul datang kat tempat macam ni sebab dia elergik makanan laut :( Nanti tebersin2 saja. Ouch! Ok harus cuba ya kawan2 especially penggemar tegar seafood! :’) 5 star aku bagi! 



Movie 3 Temujanji semua orang dah tengok ke? The hero & heroin is Pierre Andre & Liyana Samsudin (masing2 bekas kekasih) Aku tak suggestkan pun kalau siapa2 belum tengok lagi. Sebab the ending story aku dua kali terlelap. Err tapi, nak kata tak best tu tak jugaklaa cuma boleh bagi 2 setengah bintang. Bf roomate belanja jugak -_____- 


Siapa pernah datang kedai DAISO? Best sangat ke biasa2 ke best gila-gila? Pada aku best sangat je. Bukan tahap best gila-gilalah sebab semua barang sangat cecomel. Ala2 Japan gitu. Semua RM5 sahaja. Yang paling mahal pun RM7.50 & RM10.50 kalau tak silaplah. Kalau tak percaya kawan2 boleh terjah ye. Memang akan ambil masa dua jam round2 kat situ sebab geram rasa nak beli semua :) 3 bintang setengah!

Aku dah rembat ini ! 

  1. Botol warna putih : untuk clearkan makeup. Sangat sesuai pada siapa2 yang rajin makeup macam aku. Satu sapuan je habis tanggal fondation -____- 
  2. Botol warna kelabu - mask. Part paling best  masa nak tanggal the mask. Perit2 sikit tapi memang jerawat kecik2 tanggal ya!


Siapa taw Cotton On? Tak dapat dinafikan reramai2 kawan kita mesti taw. Tempat glem memang ler kan kan? Yang ni aku suggestkan kat semua kawan2 okay! Aku bagi 4 bintang suku! Kat sini ada dress, seluar, wallet, belt & semualah. Tak mahal, tak murah boleh dibeli oleh semua golongan. Sangat cantik2 & best di mata kita & di mata teman2. Sila percaya saya :DD Aku pun dah rembat satu dress kuning shining. Tunang belanja. Yaay! Nak joget2 atas katil.


  •  Alhamdulillah. Masih ada yang sayang :)



2 comments:

Alysha Syahirah ( Nami ) said...

best nyew dpt tgok cite 3 temujanji tuh.. huhu.. tpi awat terlelap ? adess.. haha

Liyana said...

bestnye, akk cam dh lame x bersosial gitew.. ahaks