Sunday, May 13, 2012

Kursus kahwin #1


Weekend lepas tercapai jugak hajat nak pergi kursus kahwin dengan tunang. Lega satu chapter dah selesai. Next week dah boleh ambil sijil kahwin & dah boleh kahwin. Ambil sijil tu biarlah tugas Zul pulak sebab next week aku balik kampung nak celebrate hari mak plus nak siapkan hantaran untuk abang yang beberapa hari je lagi akan selamat ditunangkan dengan gadis kurus, tinggi lampai itu. Mesti abang tengah dup dap dup dap. Ehh apa pulak abang yang berdebar patutnya girlfriend dia la yang berdebar2 macam mana aku rasa masa disarungkan cincin dua bulan lepas. Ahhhh sweet sangat untuk dikenang

Ok lets, aku pun tak taw macam mana boleh terambil kursus kat Putrajaya. Maybe sebab tempat dia cantik. 

Day 1 – start 230pm.
Before ke kursus, singgah Uniten breakfast mee rojak & cendol.
Then jalan2 Alamanda dulu untuk breakfast kali kedua di McD.
Kemudian baru gerak ke Presint 16. Settle first day gerak Alamanda lagi sebab takde hala tuju pun. Biasalah dua2 kaki jalan ni, selagi ada masa selagi tu nak ke sana sini. Dua kali pergi Alamanda dalam sehari sampai rasa nak muntah. Ini serius  -___-"
  
Day 2 – start 9am .............................................................................

Haha tu je la malas nak cerita perjalanan kursus kahwin. Tapi everything berkursus kat sini sangat2 ok ya! 

Siapa2 yang belum pergi kursus lagi sama ada yang dah nak berkahwin atau belum ada plan nak berkahwin, sila pergi cepat. Sebab dengar cerita next year yuran makin bertambah. Ouch! Siapa nak bagi duit bebanyak macam tu saja kan? Lepas tu dengar cerita hari pun makin bertambah. Maybe 2,3 hari & bermalam? Haaa scary tak? And sangat digalakkan juga bawak pasangan masing2 sebab macam aku pergi semalam semua ada partner. Tak sompek pun nak berkenalan dengan kawan2 perempuan kat situ sebab time lunch je cari boyfriend/tunang masing2. Nasib baik aku pergi dengan Zul kalau tak terkontang-kanting sorang2. 

Before pulang ke Shah Alam, pergi jumpa sorang kawan yang aku ceritakan dalam entry lepas. Yang sangat baik hati belikan kain untuk pakai time nikah nanti. YaAllah sangat cantiknya kain tu. Suka sangat French Lace dia. Kainnya lembut itu paling penting. Terima kasih Zety! 

Yey! Saya sudah selesai. Anda bila lagi? :D

3 comments:

Liyana said...

yeay! beres dah kursus kawen... ngntuk x? hihi

Momo said...

kursus kawen ni bape inggit ek kene bayar?macam mana nak daftar?:)

.hasina. said...

Liyana : day 2 gila ngantuk -___-

Momo : yg kita pergi kt Pjaya ni RM70 tanpa makan. nanti dah naik harga maybe RM300 kot?