Friday, May 25, 2012

Kursus kahwin #2


Nak sambung sikit pasal kursus kahwin hari tu. Banyak benda aku masih ingat lagi apa ustaz or doktor tu bagitahu. Bak kata Zul aku dah macam rekod sebab segala butir2 ceramah diaorang aku hafal. Yela aku kan cikgu mestilah mudah ingat kot! Bahaha over tak? :P

    Sijil kursus kahwin seminggu je dah settle!
  • Jangan ungkit-mengungkit - bab ni memang banyak kali pak ustaz tu sebut. Nampak sangat memang part penting kan. Aku pun banyak kali jugak ungkit2 tapi bila Zul angkat2 kening tu taw dah yang aku over. Tu time gaduh dasyat la, saja nak cari point bergaduh. Kalau tak gaduh rasa manja sangat sampai kena ketuk dahi.
  • Sentiasa bersikap romantik/bagi hadiah - part ni Zul kurang dia tak jiwang macam aku. Dulu aku siap merajuk sakan lagi sebab dia jarang nak mesej sweet2. Asyik2 aku yang mulakan dulu. Tapi tak kisah pun alah apalah sangat kalau aku yang start text dia dulu. Sama2 lah beralah nak maniskan hubungan. Tapi sekarang part2 sms, part2 ‘love you baby’, part2 muaaahhh2 dia terrer gila! Rasa malu pun ado tak sangko den!
Hmmm apa lagi ya?

Maaflah sekarang penyakit malas nak tulis panjang2 kat bloglah. Apesal tak taw lah. Maybe sebab excited sangat esok nak pergi Family Day dua hari satu malam kat Port Dickson kot. PD je pun ye dok? Tak kisah la holiday jauh ke dekat ke yang penting segala2nya free. Siapa tak nak free kan? Haha! Ok next week entry Family Day pulak ya. Siapa2 yang belum bekerja tu cepat2 lah kerja. Best nanti company bawak bercuti tanpa kita mengeluarkan sesen pun. Syok tak? Sila angguk.

Ps: nak balik awal nak kemas baju cantik2.

1 comment:

affendi said...

Rahsia penting dalam rumahtangga adalah "sabar dan boleh berlebih kurang". Ini kerana suasana sebelum kahwin dan selepas kahwin tu banyak bezanya. Waktu2 berselisih faham tu barulah saya teringat kata2 ustaz dan ustazah sewaktu kursus kahwin dulu. Tq