Wednesday, May 9, 2012

Progress kahwin ringkas #1


Lama juga ye tak menulis di sini. Lama tak lama sangatlah pun. Mungkin busy, busy mengumpul duit nak kahwin, survey itu survey ini. Dalam sibuk2 simpan duit tu, aku masih ligat lagi shopping dress lawa2, shopping make-up, shopping heels, shopping cardigan. Aku & tunang masih ligat berjalan sakan ke Pahang, Cameron Highlands, Genting Highlands, Melaka. Boleh dikatakan setiap negeri dah jelajah. Beruntung dapat tunang yang rajin bawak berjalan. Hal shopping & hal kuat berjalan tu susah nak elak. 

Berbalik pada kahwin, aku tak taw tang mana nak start dulu. Yang aku taw sekarang ni sedang sibuk mencari photog for wedding area N9. Emel photog sana, emel photog sini, tanya orang sana, tanya orang sini. Nak cari area N9 juga sebab kenduri Jumaat & Sabtu (nikah, malam berinai, sanding). Takut banyak sangat bajet bila bayar photog luar dari N9. Nak sediakan transport, tol, rumah persinggahan lagi. Please siapa2 tolong suggestkan mana2 photography area N9. Dah ada beberapa ketul aku jumpa tapi gambar2 kurenglah di mata aku. Mintak maaf aku part2 gambar kena over sikit ya. Gambar itu adalah kenangan. I love pictures so much! 

Hmmm apa lagi ye progress pasal my big day. 

Owh ya, sorang kawan Unisel juga sudi belikan French lace from Indonesia. Aku dengan kawan ni, taklah closed sangat masa zaman belajar dulu tapi bila dia mesej nak offer belikan kain nikah terus rasa beruntung & bertuah. Peluang baik, aku pun sapulah. Hehe terima kasih Zety :’) Dah dapat dah kain untuk baju nikah. Nak design yang macam mana pun dah ada dalam kepala. Sibuk sangat nak tiru Rizalman punya design, elok je pergi emel kat orang tu. Tak sampai setengah jam berdebar tgk Rizalman replied. Teet! Salah alamat emel rupanya. Orang lain yang reply kan. Padan muka diri sendiri sebab over excited ! (jangan salah sangka, aku hanya bertanya pasal design, bukan nak buat baju kat Rizalman pun. Hangus duit kang tempah kat dia) 

Dalam sibuk2 tu minggu lepas the only one abang aku dah settle pergi merisik girlfriend nya. Bersiaplah rombongan family kecil aku pergi bertanyakan anak dara orang. Next month bertunang & next year kahwin. Aku kahwin, abang pun kahwin. Seandainya cepat Tuhan bagi rezeki, dua orang cucu sekaligus parents aku dapat. Mesti meriah rumah bila balik2 raya kan? Arghhhhhh berangan sangat ni.

3 comments:

Liyana said...

best2... cite psl kawen ni... update lg k :)

photog area n9 eh? no idea.. hihi.. kedai pengantin depan billion tu mcm ok rege die... tp akk xtau taste awk cmne.. :)

.hasina. said...

kak liyana : boleh update selalu tp takut org kata over pulak o_O

fasha said...

tak over pun sina..
kita pun nak tau jugak progress sina nak kawen nih!
:) heheh