Tuesday, June 5, 2012

Selamat bertunang abangku & selamat hari jadi pak mertua :')


Last weekend ada dua event in a same day. First my only one brother’s engagement. Second my farher-in-law-to-be’s birthday party. So, aku dengan fiancé agak pening macam mana nak hadirkan diri di kedua2 majlis bagi fair. Emak suruh balik hari Jumaat & bawak bakal menantu sweet dia datang rumah. Mama tunang suruh datang birthday abah dia. So kami decide & begini lah hasilnya : 

Jumaat
Petang lepas habis kerja terus balik kampung N9 dengan fiancé. Ingat nak ajak Zul makan kat Sri Menanti ada satu tempat paling best & harga mahal sikitlah. Tapi dia sibuk nak makan masakan mak mertua dia. Ngada! Dua kali tambah hokay dia ni. Ikan bawal masak kicap & gulai cendawan. Onomnomnommmmm!

Sabtu
Pagi2 terus bersiap hantar rombongan meminang si gadis tinggi lampai itu. Si gadis manis dengan berpakaian serba putih sedondon dengan abang. Simple & cantik. Teringat masa aku bertunang 3 bulan lepas baju langsung tak sama dengan Zul sebab memang tak plan pun nak pakai kaler yang sama.

Lauk-pauk yang dihidang masa majlis tunang abang tu memang marvellous lah. Rezeki dia dapat orang Melaka, asam pedas sana memang terliur. Nanti nak suruh bakal kakak ipar buat lagi bila datang rumah.

Agak2 settle semua terus kami bersiap nak balik. Aku dengan tunang laju2 balik Cheras nak celebrate birthday abah dia pulak. Part paling best bila dengan family Zul ni diorang  memang suka buat makan2. Gathering antara saudara-mara memang selalu sangat. Best kan? Beruntung rasanya mak mertua ada restoren sendiri. Boleh order macam2. Tehee! Tapi masa birthday party tu aku perasan macam aku je yang capai itu ini. Yang lain releks2 je. Haha nampak sangat tak boleh nampak sate, udang besar2, ketam, kalian goreng belacan, air tembikai. Dengan muka tak malu jugak aku telah tapaw udang masam manis, udang goreng cili api, mee goreng. YaAmpun menantu dia kuat makan. 

So, fair kan? Dua event family kami pergi. Eh kenapa macam terskip story Family Day je. Hari tu janji nak cerita kan. Tak tercerita lagi. Nanti ya nanti.

Progress :
  • Next month start hunting hantaran. Tak sabar sampai rasa nak joget2.
  • Baju raya dua pasang dah settle. Kalau ekonomi stabil, maybe tambah sepasang dua.
  • Warna tema our big day dah decide. (entry kemudian)
  • OP side fiance dah ada tinggal nak cari from my side je lagi. (entry kemudian)
  • Dah jarang gila gaduh dengan fiancé. Paling lama gaduh pun 3 jam! Ahaha ini serius. 
  • Baru perasan entry ni takde gambar. Sila jangan boring.

     

4 comments:

fasha said...

boringg.. hahaha

alaa sina nak tengok gamba tunang abang sina
pls pls plsss

Liyana said...

sila letak gmbr k.. hehe

.hasina. said...

fasha & kak liyana : alamak ni vote paling tinggi nk tgk gambar
abg jebon ye. hihi.. nanti lah. tak ber-edit yg sebenarnya.

Cik Ira BamBam said...

ira pulak bila makin dekat makin kerap gaduh.tiap2 hari tauu