Monday, June 18, 2012

Tak makan saman #Pangkor 1


Weekend lepas macam biasa ada je aktiviti aku dengan partner sweet tersayang itu. Tak dengan partner pun dengan keluarga sendiri. Tak pun dengan kawan2, yang penting Sabtu Ahad memang tak duduk diam.

Ok bakal family bawak pergi jalan2 kat Pangkor.

Of course lah best, happy, meroyan semua perasaan bercampur. Mana tak syoknya bila berjalan dengan bakal2 family ye dok? Itu akan dicerita kemudian sebab tengah tunggu gambar dari adik2 tunang.

Yang nak dicerita sekarang ni bila hari Isnin, start kerja semula adalah aku bagi sorang seketul souvenir iaitu keychain beli secara lambak2 itu. Kira merasa lah budak2 ofis bau Pangkor. Nak dipendekkan cerita ada sorang Mak Jemah ni aku bagi dia satu keychain. Terima kasih tak apa tak sibuk nak men-down-kan orang;

Mak Jemah  : amboi berjalan je kan dengan tunang.

Aku : aah bakal keluarga bawak berjalan. Bestlah.

Mak Jemah  : sebelum kahwin syoklah bakal mertua layan bakal menantu best2. Bawak sana bawak ke sini. Lepas kahwin takdenya. Ingat....bla bla... (terus membebel kat aku)

Cillabon betul. Ingat semua mertua ni macam mertua kau ke Mak Jemah? Alahai. Rezeki masing2 lah kan. Ada dapat mertua bagus, sayang semua menantu bagai ditatang minyak yang penuh. And aku taw lepas kahwin, setiap yang manis ada kelat masinnya. Hidup berumah tangga kan? Macam kita makan laksa tiba2 tergigit lidah sebab pedas haaa macam tu lah kalau dah kahwin. Takkan nak sengih setiap masa? Kau tak payah nak cakap2 macam gitu pun. Sikit aku tak heran sebab aku sayang semua bakal2 keluarga macam mana diorang layan aku bagai anak sendiri. Ada paham? 

Bak sini keychain aku balik?

5 comments:

fasha said...

suruh dia telan keychain tu sinaaa

Liyana said...

mak jemah tu x pandai amik hati mertua kot...tu yg mak mertua x syg...kekeke

.hasina. said...

fasha : haha sampai nk suruh telak lak ye? tak berani lah mak inchik :P

kak liyana : eh tak bersalin lg? hihi.. mmg sgt tak pandai. hihi

Lee Shauran said...

hahahaha. mintak betul2 x keychain tu? hahahahaha. ini kelakar.

.hasina. said...

tak mintak pun tak sampai hati lah plak. kwn sendiri :p