Sunday, August 12, 2012

Baju raya tak pernah sedondon!

Alhamdulillah kurang dari seminggu nak celebrate Aidilfitri dah. Tahun ni berpuasa & berhari raya sebagai tunang rasa lain macam. Perasaan happy, bahagia berlipat kali ganda. Rasa ada orang care pasal baju raya, kasut raya, angpaw segala bagai. Semua dapat dengan free! Haha! Bahagia kan macam tu? Tapi yang lucunya sejak dari zaman couple & sampai la ni dah bertunang tak pernah nak beli baju raya sedondon. Jangan kata baju raya baju jalan2 pun tak pernah berjanji pakai kaler sama. Aku syak masing2 tak suka boria ke apa.. Ntahla. Masa bertunang hari tu pun aku dok pakai peach dia baju hitam. Haha hentam je la. Next year InsyaAllah hidup berdua. Raya berdua, segala benda semua berdua.










Wiwwitttt... 










Baju pun kena pandai dah cari yang sedondon. Tak sabaq nak tunggu Rabu, bonus sekali dengan gaji. Auwwwww. Jumaat ni cuti, shopping & balik kampong with fiancé. Mintak2 boleh sampai rumah awal. Nak masak juadah berbuka untuk bakal suami.










Wiwwitttt.










Zul kata aku orang yang demand. Rugi demand2 ni. Katanya la. Tapi aku buat2 cool je sebab untuk kepuasan diri sendiri kot? And selagi mampu tak salah kan?


Kecintaan sangat!

1 comment:

Liyana said...

hehe bese la tu..sedondon sokmo x semestinye sehati sejiwa sgt..:O

akk dh kawen baru sedondon baju raye, tu pun baju raye jeee.. lol