Monday, August 6, 2012

Excident ( -̩̩̩-͡_ --̩̩̩͡) #Part 1

2.20pm - Petang semalam tiba2 aku rasa nak balik Cheras & Shah Alam lewat petang. Tiba2 je nak rasa macam tu maybe sebab target jumpa tunang nanti terus berbuka sama tak nak dok tunggu2. Lagi pun tengah syok dok guling2 depan tv dengan mak.

3.30 – Berhadapan dengan Sekolah Teknik Juasseh aku lihat kiriku penuh dengan budak2 sekolah yang nak pulang. Terus fokus kat depan ‘...YaAllah YaAllah...’ jeritku. PANGGGGG!!!!! satu dentuman bunyi sangat kuat sambil asap keluar dari keretaku. Aku terlanggar kereta depan. Lebih 10 kali aku mengucap, ku raba2 tangan, kaki, muka masih ok lagi takde masalah & takde cedera! Tengok keretaku kat bahagian depan, remuk. Seremuk hati ini. Penghuni kereta depan keluar. '...siaplah dia nak maki2 aku...' - fikirku. Tapi tak pun. Dia keluar sebab nak tengok keretanya depan belakang. 5 minit kemudian aku pulak keluar. Pasrah je la.

Rupanya2 ada kisah, bukan dua kereta je yang terciom montot tapi ada satu kereta lagi. 
  
Kereta fisrt nak elak budak sekolah yang tiba2 keluar laju naik motor. Kalau tak brek mengejut memang nyawa budak melayang. Serius! Budak tu pun laju berdesup dengan motornya tanpa say sorry. Aku blur. Nangis tak apa tak. Macam2 yang bermain kat kepala ni. Macam mana dengan keretaku, duitku, nak pergi kerja, nak ke bazar, nak ke kelas, nak balik kampung lagi2 lebih kurang dua minggu nak sambut raya, nak last shopping sebab takde lagi handbag raya, kasut raya, belikan adik tudung. Dengan pikir nak cakap macam mana dengan mak, abah, tunang. Kusut sangat. Nak tak nak terus aku dail nombor abah. Redha je la kalau abah bebel 4,5 ayat. Tapi tak bertuah sebab tak dapat dail, fon abah rosak. Lebih 10 kali aku dail tapi hampa. Call mak pulak tapi tak jawab juga baru teringat mak ambil adik balik sekolah. Call tunang pun tak angkat maybe busy dengan kerjanya. Nak nangis tapi ku tahan jua. Aku rasa time tu aku sangat cekal even bala baru lepas terjadi. Last2 aku sms abah ‘...abah call angah...’ bertuah rasa lepas tu abah terus call. ‘...angah tunggu situ ya abah datang...’ lembut je abah cakap, tarik nafas lega sebab tak kena bebel. Bila abah sampai abah call mak. Mak dah menderu2 nangis kot. Pung pang pung pang pergi report polis.

Settle buat report. 

Polis : Taw kan undang2 jarak antara satu kereta dengan kereta depan ada satu lagi kereta depan kita (sambil pak polisi tunjuk gambar rajah) tapi kat Malaysia ni kita selalu tak ikut undang2, mesti tak nak ada gap depan kereta kita kan? Even saya sendiri pun macam tu. Tapi walau macam mana pun mengikut undang2 kereta belakang tetap salah. Saya faham keadaan masa tu tapi cik tetap kena saman. 

Aku diam je mata berkaca2.

Polis : Cik kena saman RM300 tapi takpe awak raya dulu puas2 nanti lepas raya awak call nombor saya. Saya bagi RM150 je.

Bersambung -

1 comment:

MayaYunus said...

mujur x teruk... tp tu skul lama saya tu,,,