Thursday, September 20, 2012

Oficially Photographer

Aku ada benda tengah musykil ni. Pasal Oficially Photographer (OP) for my big day yang bakal menjelma tak lama lagi.......ececece........ so dah ada dua OP. Satu side aku & satu side Zul. Dua2 OP aku yang cari aku yang pilih. Kah kah kah..... biasalah perempuan mesti lagi over dari lelaki. OP ni lah benda wajib yang awal2 lagi aku cari. Mesti nak ada, sentimental value tu beb! Tengok je la masa bertunang hari tu tak sempat nak ‘order’ OP sampai sekarang gambar engagement tak bercuci. Gila punya malas nak ke kedai Kodak yang sekangkang kera.

Then masalah sekarang OP Zul aku sangat suka & berkenan gambar2 depa ni tapi tak dapeklah nak ambek dua2 side. Mahei bebenor. Boleh teberak tak memasal :P Tapi takpe lah sebab OP lagi satu pun sukaaaaaaa jugakkkkkkk tawwwwwww. 

Oleh sebab aku berkenan tahap dewa dengan OP side Zul, hari tu dengan tiba2 OP tengah buat promosi untuk portrait or bak kata orang zaman moden kini pre-wedding. Sangat murah woooo. Dengan tak sabar2 on emel terus grab promosi. Tup tup baru teringat yang OP side aku ada bagi free pre-wedd ! So, tamak ke apa ni nak ada dua pre-wedd? Kang nak suruh OP yang bagi free tu tukar dari pre-wedd ke post-wedd rasa macam......bila lepas kahwin tak nak pening2 kepala lagi pikir pasal hal macam ni. Nak rehatkan diri puas2. Yang taw nak berlunjur depan tv sambil makan twisties dengan suami je. Tak nak dah penat2 badan nak berjalan ke sana sini. 

Eh kalau ada dua pre-wedd pun tak salah kan? Macam sama je pre-wedd & post-wedd yang beza dah sah & belum sah kan? So macam mana....... macam mana....... macam mana........ macam mana........ haaaaaaaaaa?

Ps : Bila lagi nak ambil gambar comel2 untuk kenangan. Kalau nak sendiri tangkap, nak suruh mak abah snap memang mintak penampaq lerr.

Pre-wedd yang paling saya suka adalah ini ! http://syahmiazman.com/jay-fatin-part-one/

No comments: