Wednesday, October 31, 2012

Raya Haji & Birthday Adik

Ni entry raya haji sekali dengan birthday adik bongsu ku. Sekarang rasa nak update blog hari2 lah. Since diari tak pernah nak berusik sejak Form 5. So, kita ke sini pulak. Cuma rajin dengan tak rajin je nak taip.

Pagi dah tak pagi sangat time ni. Biasalah raya haji semua benda tak sedia. Dengan abah kerja, mak masih kat dapur. So, kita 4 beradik sahajalah bergambar. Yang penting hado kan kenangan itu? :) Aaaa ni lah baju kurung pahang yang Zul belanja tu. Tapi macam besar sket. Orang kata baju kurung pahang memang kembang bawah ye ke? Tak taw lah sebab ni first time buat kurung ceni.
Instax ni mak ambilkan. Habis senget-benget. Haha tapi tetap cool. Lepas snap si kenit tu terus masuk album. Dengan dia2 sekali obsess camera ni.
Gambar tak jadi tapi masih ada moment di situ. Part muka aku paling tak boleh blahh. Hidung kembang, gigi, rahang semua nampak. Kah kah kah. Harap bakal mak mertua tak reject :P Gambar pun tak clear sebab salah setting camera. Memasing maleh nak pi betulkan jadilah gambar kelabu asap. Hahaha!
Jeles dengan adik sendiri sebab terpaling manja dengan semua orang. Tengok tuuuuuuu..........semua orang sayang dia :')
Happy Birthday adik yang terpaling disayangi, terpaling dimanjai, terpaling annoying! We love you!
Kek ni aku yang tempah. Memang setiap tahun biasa dah tugas aku tempah kek untuk adik. Design? Design aku lahh. Sampai hari ni part gambar muka dia masih tak potong2 lagi. Punyalah dia sayang tu -____-"

Kek terpaling cute. Kek hantaran aku pun tak ter-cute macam ni. Hihihi....jangan marah abe.

Penuh excited nak potong tuh





Orang ramai kata muka adik aku ni paling iras aku. Aku pun rasa yaaaa. Tapi masa kecik2 aku lagi comel kot sebab aku montel sket. Adik ni kurus je. Betulllll......tak tipu......
Ps: This Saturday nak pergi fitting baju perantin belah lelaki pulak. Debor ni debor.

No comments: