Wednesday, November 28, 2012

HIV Test Pra Perkahwinan & Prosedur

Memandangkan dah ini ! 
 
 

3 bulan lagi yoppp. Huhhh kita harus masuk gear 5. Laju2 buat preparation kawengggg. Yehuuuuu!

Tadi baru balik dari HIV test dengan tunang. Aku tak boleh sket kalau bab2 jarum ni memang kecut perut. Pergi walk-in je kat Klinik Kesihatan Shah Alam. Kena pergi klinik/hospital kerajaan sahaja ye. Sebab semalam dah call klinik tu katanya tak payah nak buat appointment. So, teruslah pergi. Aku pilih S.Alam sebab dekat dengan tempat kerja. Bos ok je memang bagi keluar kejap. Kesian dekat Zul la kena datang sini plak. Redha je lah dapat tunang yang asyik nak berkepit je ni :) 

Kat klinik orang tak ramai mana pun tapi lama jugak sebab satu, satu kena buat prosedur. Tak sakit, tapi berdebarnya macam nak kena operate ! Kah kah kah ! Walhal macam kena gigit semut. Sekarang dah tak main cucuk2 dah. Ia macam klip sket je kat jari terus keluar darah. Nampak sangat dah lama tak bercucuk woi. 


Siapa2 yang nak buat kat KK S.Alam aku boleh bagi step2 bagi memudahkan korang :)

  1. Isi borang kat tingkat 1.
  2. Settle isi borang turun tangga & ambil nombor giliran.
  3. Dah tiba nombor, pergi ke kaunter & bayar seringgit.
  4. Tunggu nombor lagi untuk bersiap sedia dicucuk.
  5. Keluar bilik & tunggu result. Settle! (Best result terus dapat. Tak payah dok ulang ke klinik 2,3 kali. Korang pun bekerjakan)
Butir2 klinik. Ni klinik yang aku pergi tadi la :

Klinik Kesihatan Shah Alam
No. 2 Persiaran Kayangan
Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03-5518 6531

HIV Test : Isnin - Khamis, 2pm - 4pm (Haaaaa lengkap dah aku bagi)

Bukan senang nak kahwin ni oi... macam2 prosedur harus buat. Bersabarlah. Bersenang2 dahulu, bersusah2 kendian :P Semalam satu hari aku search tentang HIV test, tanya kawan itu ini, kt mana apa semua. Aku tak boleh sket kalau kata nak buat itu memang akan terus buat. Tak suka tangguh2. Ni nak DIY veil plak memang balik kang kena singgah Jakel la jawabnya.

Ps : Yayy dah boleh kahwin!


2 comments:

Liyana said...

Seronok bace story mori org nk kawen ni...hehe

Zuraidah Butang said...

haha i dulu pun cuak gak..padahal setitik je pun darah die amik