Monday, February 25, 2013

Last update sebelum start cuti kahwin esok!


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah hari ni Selasa. Esok Rabu, Khamis & Jumaat nikah dah aku. Wehooo! Lain betul perasaan bila nak jadi bini orang ni. Makan memang tak lalu dah tapi badan stil bam bam juga. Wuaaa ni sedih :( Tapi takpe lah orang kata bahagiakan? Seriously terlalu bahagia sekarang ni. Perasaan di awang-awangan. Mandi pun tak basah. Eh kadang2 tak mandi sebab busyyyyy memanjang kat rumah. Hahahahah. Veil masih tak siap lagi. Ni pun sedih jugak :( Sebab bila last2 day macam ni nak DIY memacam memang dah ke laut moodnya. 

Kepada yang bagi hadiah tu terima kasih banyak2. Belum jadi pengantin dah dapat hadiah macam2. My boss pun hulur note RM200. Hehehe surprise betul rasanya. Kejap lagi nak pick-up cupcake. Yang ni kawan baik sejak Unisel dulu sponsor. Tunang kata aku untung ramai kawan baik hati bagi macam2. Tak kahwin lagi tapi bonet kereta dah penuh dek hadiah. Aku sengih je lah dah rezeki kan? ;) 

Masa majlis bertandang nanti pun one of my friends dari Unisel hadiahkan hand bouquet fresh flowers. Me iz terharu. Taklah closed sangat dengannya tapi alahai bertuahnya dia ingat kat kita lagi. Alhamdulillah.

Owhh ya, tempat honeymoon pun dah book. Seminggu selepas bersanding belah aku terus berhoneymoon. Then lepas bertandang sebelah lelaki pun ada juga honeymoon. Dua kali honeymoon terus. Hehehe cuti lama kan haruslah guna sebaik mungkin :P Tempat rahsia....... Tengok je la kat instagram aku nanti ye :P

Ada jugak kenangan kat rumah sewaku. Habis dah barang2 angkut bawak pi rumah Kajang. Mesti aku rindukan segala-galanya di rumah ini terutamanya my roomate. Takde dah kawan gosip. Tapi takpe, Allah gantikan dengan roomate bawwuuuuuu ;')
Ps : Semoga majlis berjalan dengan lancar In Shaa Allah.

1 comment:

Liyana said...

akk doakan semua bejalan lancar k... esok nikah ni...hehehe

insyaAllah klu xde pape sampai la akk nt.. :)