Wednesday, February 13, 2013

Update lagi

Bila cuti dah lama mulalah liat semacam nak kerja. Ni baru cuti CNY belum nak cuti kahwin lagi. Cuti kahwin two weeks maybe? Cadang nak honeymoon terus tapi nak ke mana pun tak taw lagi. Tunang ajak main serbu je pulau2 kat M’sia tapi kalau tak survey dulu kot mahal kang mata dia gok yang terkulat2. Heee :D

Progress bebaru ni semua smooth je. Baju untuk bersanding belah aku pun dah settle. Apa yang di-request semua cantik nampaknya. Baju baru, kaler, design, beads semualah baru2. Harap nampak comey lote bila pakai nanti.


Ni penyakit sakit perut almost two weeks dah. Penangan nak diet sangat sekarang hambikk sakit perut merana. Sebab company aku paling best bab insurans so senang2 je terus ke klinik. Doc scan perut ada gastrik pulak. Hati, buah pinggang semua ok dah. Tak memasal kena berpantang makan pedas, tomyam & benda masam. Minum nescafe, kopi, air bergas pun tak boleh. Huhhh mengundang sangat.


Semalam abah Zul suruh pergi tengok rumah yang kami nak duduk lepas kahwin. Tengok aircond, peti ais, washing machine. Takut ada apa2 problem before nak masuk ni. Alhamdulillah rumah abahnya dah sediakan. Barang2 asas pun boleh dikatakan dah ada hehehe. Tu pun aku sebok suruh kawan hadiahkan itu ini. Hehehe jangan marah. Sekarang tugas nak menghias je tinggal lagi. Takpe part tu memang aku suka. Hmm tak sabar nak hidup berdua :)


Invitation card pun dah 5,6 trip aku edar, pos & bagi by hand pun ada. Mana yang dok dekat tu balik je kerja terus gerak pi jumpa depa kasik kad. Huhh memang berpeluh dibuatnya nak kahwin ni. Bukan benda main2. Rasanya ramai dah dapat kad kahwin. Sapa2 tak dapat boleh emel ke wasap ke sebab memang aku sediakan kad lebih untuk semua orang.


Lagi sikit nak sampai ke penghujung jalan cerita. Semoga Tuhan akan permudahkan lagi segalanya. So sekarang kena lebih belajar macam mana nak manage rumah tangga, makan minum suami, pakaian, mop lantai, cuci kain baju & everything lah. Pasal lain, orang dengki khianat tu tolak tepi. Yang penting gua nak ada laki dah. Hehehe tak sabar sangat. Bahagia dalam nervous.

5 keping gambar dari kamera Zul aku cilok. Zul ni tak boleh pegang kamera sebab gambar aku akan jadi lagi banyak dari pengantin. Heheheheheh ;')

Saudaraku bukan saudaramu :P

Yang kiri adik yang kanan jiran baik kami. Tengah2 perantin berdiri bersanding.

Muka berminyak, lawa, gebus is me. Phewwww


Suka dengan makeup macam ni tak tebal sangat.

No comments: