Sunday, February 3, 2013

Update!

Lawanya model air kelapa muda ni. Hahaha! Booooo diri sendiriiiiiiiiii. Kelapa muda best ni hanya terdapat di Wong Solo je taw. Sila pergiiiiii. 








Lama dah tak singgah blog sendiri. Kalau alasan sibuk tu memang dah lapuk, dah tak boleh pakai. Mungkin kepala ni semak sangat kot dengan preparations wedding. Banyak sangat benda kena pikir.


Masak - aku dah beli 3 buah buku masakan secara senyap2. Zul tak taw, mak aku pun tak taw ni. Kalau kat kampung mak selalu bising suruh belajar masak. ‘........angah pergi belajar masak. Nanti Zul lariiiiii........’ berdesup pergi dapur lintang-pukang masak.


Treatment/Spa - belum pergi lagi. Hari tu Zul ajak pergi cuci muka. Aku kata tak nak lagi, jual mahal. Sekali bila datang jumpa aku ‘.........abang dah pergi buat treatment muka. Tinggal nak berurut badan je ni.......’ Ish tak aci.


Masa tengah tunggu servis keretaku. Servis dah, tukar plug semua dah, tukar rotex pun dah. Lepas ni keroje kita pergi honeymoon je la yangggg :')

Malam masa bila ntah Zul bawak pergi klinik. Aku tengah berguling2 sakit perut sebab 3 hari tak jamah nasi. Penangan nak diet tapi tak menjadi berat still 53kg. Bila aaaa nak 48kg balik ni? :(  Sudah2 jangan nak diet lagi. Kang naik pelamin dalam keadaan sakit perut lagi naya.





Ni kat Restoren Zul. Kira duitku dah licin-licau. Hahaha! Takpe2 lepas kahwin teringin nak saving 1k pulak sebulan. Up 500. Maybe?

Owh yaaa my only one brother dah selamat diijabkabulkan. Dua2 sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah empat. Ewaahhhhh :') Love you abg!
Ni budak manis macam gula2 getah
Oke iklan jap. Aku nak letgo Kamera Nikon. Sila kliksini. Rege aku kasi RM700 je. Sapa nak emel la hasinanazaruddin@yahoo.com. Alasan nak jual sebab nak beli kamera kecik senang nak masuk kocek :P Eeeeee ada hati nak beli Samsung Galaxy Camera. 

Gambar2 ihsan di atas banyak dari instagram. Kesian...penangan tak nak angkut kamera nikon dah. I need Samsung Galxy Camera asap! Kawan2 tolonglah beli ye. 

No comments: