Tuesday, April 23, 2013

Kau sahaja yang taw



Dulu masa mula-mula kahwin, kawan-kawan rajin bagi nasihat dan cerita pasal alam rumah tangga masing-masing. Disebabkan baru setahun jagung kahwin, aku pun melangak jelah mendengarnya. 

Situasi A :

Kau kena jaga badan, pakai wangi-wangi depan suami. Depan suami wajib cantik-cantik. Jangan berkain batik aje. Barulah umphh.

Situasi B :

Kalau nak lebih disayangi oleh suami, kena bijak berdikari.

Macam;

‘...abang, saya dah cuci kereta abang tadi...’ 
‘...abang, saya ambil tangga nak pasang langsir...’

Haa baru lah suami kau akan puji.

‘...bijak isteri abang ni...’  
‘...berdikarinya dia...’ 
‘...hebat isteriku...’

Situasi C :

Kalau nak rasa dimanjai, semua kerja kau biar laki kau yang buat. Macam pergi hantar anak ke sekolah, pergi beli sayur kat NSK, bank in duit pekerja & lain-lain. Sebab bila semua husband yang buat mesti dia ingat kau tak pandai. So kau akan jadi manja.

Dan ada situasi lain juga. Banyak sangat kalau nak dicerita.

Macam mana ni? Mana satu nak ikut?
Kesimpulannya, dengar je. Mana yang rasa elok, sesuai tu bolehlah ikut. Kalau tak jangan. Tak payah. Sebab laki kau, hanya kau je yang lebih taw perangainya. Walaupun dah 10 tahun kenal tapi perangainya susah nak faham, takpe. At least kau lebih taw dari kawan-kawan yang lain. Diorang mana taw yang sebenarnya suami kau suka badan bambam sket ke. Suka wife yang hanya pakai kain batik je ke. Kot-kot lah pada mata husband kau nampak seksi dengan berkain batik. Jenis suami yang suka wife tek kecik ke. Cuma kau yang taw kan? Orang lain takkan taw isu rumah tangga orang lain. 

Walaumacam mana pun terima kasih daun keladi atas nasihat tu semua.

2 comments:

dhiera said...

persepsi dan cara orang lain-lain. kite buat la cara kite.. hewhew~

cha said...

salam kenal u. tulah kdg naik annoying jugak bila org nk ajar kita itu ini huhu sabar jelah senyum je :)