Monday, June 10, 2013

Kenapa tak update blog & sikit-sikit pasal our big day.

Assalamualaikum & selamat petang. 

Lama sangat dah tak update blog sendiri tapi berjalan ke blog orang lain memang tiap masa. Seronok membaca ni sebenarnya tapi minat tu lebih cenderung menulis dari membaca. Pernah jugaklah nak jadi penulis novel kecil-kecilan tapi haram nak menjadi. Hahaha!

Asalnya juga nak review pasal my wedding hari tu. Tapi juga tak menjadi. So sad :( Sebab tunggulah OP punya gambar. Dapat soft copy pun jadilah sebab OP sendiri yang ye-ye kata nak bagi soft copy dalam 6-7 weeks after majlis. Ku tunggu je lah tapi nan hado. Tu lah kan memang biasa sangat dah orang review pasal lambat dapat album gambar ni. Nak gak review pasal doorgift ke pelamin ke... sebab percaya kat OP mesti semua gambar ada kan? Lepas tunggu punya tunggu macam dah basi lak cerita kahwin. Yang peliknya gambar orang yang kahwin kendian ada plak depa ni update kat blog/FB tapi aku yang dulu kahwin gambar takde pun :( Taw lah wedding aku takde sangat props ke apa ke.. simple je. Lagi-lagi yang belah laki.. macam mana plak gayanya Zul nak buat props or guest book ke.. pandailah dia tu. Tu puncanya lama tak update blog. Macam merajuk hatilah. Gitu.

Bersambung plak dengan honeymoon. Pun tak cerita-cerita jugak. Pasal duduk rumah baru pun sama masih tak ber-update. So kehidupan hari-hari selepas berkahwin pun tak update sampai lah ke hari ni baru rasa nak update sikit-sikit. Yang bawah ni banyak gambar ihsan orang tag je. Hmmm...

Gambar memang tak ikut susunan. Sorry lah ye.
Dua kali lafaz dah jadi bini orang. Tak dapek nak sekali lafaz sebab boleh pulak husband lupa nama aku masa tu -_-" And aku tak nangis plak macam orang lain masa bernikah. Sepanjang hari sengih je, gelak-gelak. Apa lah pengantinnya tak syahdu langsung -_-"



Masa malam berinai. Ni lah baju kain songket yang aku tempah sendiri. Murah je taw tak mahal pun. Pilih kain kat situ gak then tempah pun kat situ. Memang siap dengan baju laki, tanjak & kasut pengantin perempuan. Senang cerita memang set lengkap tailor tu buatkan. Baju jadi hak milik sendiri ;) Lepas tu pergi tempah beads. Hantar beads kat mak cik area kampung jugak. Ingatkan dia buat sikit-sikit je tapi bila dah siap, heavy & cantik sangat! Berbaloilah. Tak ingat langsung nak sewakan kat orang set baju songket ni.
Ni baru lepas make-up before nikah. Nikah lepas Asar sebab tak nak gap lama sangat antara nikah dengan malam berinai. Sebab tak nak susahkan family belah sana. Even ada sediakan rumah tumpangan tapi takut diaorang macam tak selesa plak menunggu lama. That's why nikah lepas Asar then betul-betul lepas Isya' majlis berinai. Make-up masa ni aku pujilah lawonya. Puas hati. Hihihi.. Cuma part nak pakai bulu mata palsu tu kekok. Berair-air mata habis merah sebab tak pernah pakai pun before ni. Berapa kali gak mak andam tu nak try pakaikan baru boleh.
Nikah kat masjid. Masjid kampung ni selang 3,4 buah rumah je dah sampai. Dekat sangat jalan kaki je. Ni masa penyerahan mas kahwin sampai sekarang tak guna lagi duitnya. Ingat nak beli rantai emas before raya ni tapi kena tambah duit sikitlah.
Bertandang. Inai ukir ni buat lain sebab inai masa bersanding memang hilang terus takde kesan. Ok je kot bagi aku. Nanti aku carik gambar inai yang belah aku punya pulak.



Masa bersanding tema merah putih tapi actually bukan kehendak aku nak kaler merah ni -_-" My mom yang pilihkan. Kalau ikutkan hati nak kaler-kaler pastel. Tapi sebab malas nak gaduh-gaduh, nak bermasam muka aku on kan je lah. Mak happy aku pun happy je :) Tapi dengan syarat nak design baju baru & tudung baru ikut selera sendiri. Tudung memang nak pakai macam tu. Sebijik menjadi ! So, inilah pattern baju & bentuk tudung yang diidamkan. Pun puas hati jugak. Husband pun suka baju dia tuh. Katanya masuk dengan kulit dia. Hahaha! Owh ya handbouquet tu aku buat sendiri. Memang dah bayangkan nak bunga daisy centu. Sehari before kahwin pergi beli fresh flower kat Bahau. Nasib baik tak layu bunganya.


Masa outdoor lepas nikah. Tempat outdoor kat kawasan kampung tu jugak dekat dengan masjid. Masa ni Zul dah berpeluh-peluh dah. Baju kaler purple ni kawan belikan kat Indon lepas tu aku beli kain chiffon sebab nak buat kain flowy. Baju ni cantik tapi memang ngam-ngam ikut badan. Lemak terjojol sikitlah -_-" Yang beads tu mak lang (adik mak) tolong buatkan. Sangat-sangat heavy & jadi berat bajunya tapi aku tetap suka. Campur-campur dengan kaler biru sikit. Bunga tangan tu mak andam punya. Pun aku suka jugak sebab besaq. Tudung beli sendiri memang nak pattern macam tu sebab nak bagi nampak lain dengan tudung masa bersanding. Owh ya veil ni aku buat sendiri taw! Gigih tak? Sila angguk.
Masa majlis bertandang pula. Ni baju last minit tukar :( Bukan baju ini yang daku hendaki tapi ada masalah sikit so aku on je lah dengan baju yang ini. Tapi aku tetap kureng suka. Tudung memang macam ni yang aku nak tapi sebenarnya tu macam skarf je lepas tu takde tudung terus veil -_-" Nasib baik tak jarang sangat & nasib baiklah anak tudung tu pun heavy dengan beads. So boleh tutup apa yang aku tak suka. And nasib baik jugak make-up boleh tahan lawa walau pada asalnya tak suka dengan make-up ini tapi bila dalam gambar aku pujilah lawo. Yang baju dua orang pengapit tu sama kan? Baju masa kami bertunang. Hahaha that's why cun seiya-sekata :P

Outdoor di majlis bertandang. Gambar outdoor lain-lain akan ku tunjuk kendian. Sebab gambar ni nampak gemuk pendek aaaa -_-"!!
Malam berinai di samping cousin husband & adik ipar. Mereka ni memang sporting habis.

Outdoor time bersanding. Depan rumah je nasib baik banyak pokok-pokok. So macam........lawo lah jugak. Huhu.. Tapi time ni nak cepat sikit sebab family semua dah panggil nak suruh cuci periuk belanga. Makan hati jugak time ni sebab yelah kita bayar OP tapi nak kena cepat plak. Kang lambat tolong cuci pinggan family masam-masam muka lak. So, adegan outdoornya kejap je pun -_-" Sebelum abah angkat-angkat kening kitaorang beredar dah. Kiciwa hati ini.



1 comment:

Masni Syafie said...

tahniah...selamat pengantin baru
nice picture...and asben bole terlupa nama? hahaha..nerves la tue..hehe