Thursday, July 11, 2013

10 realiti kehidupan lepas kahwin & gambar dari album majlis 'sambut menantu'


".....Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini pula suami isteri.....' 

Tetiba teringat lagu P.Ramlee cerita 3 Abdul part kat kandang kuda. My husband love so much cerita-cerita P.Ramlee ni. Doploh kali ulang-tayang pun si dia tetap suka tengok -_-‘

Alhamdulillah dah 4 bulan lebih married. Rasa baru semalam majlis akad nikah. Haha klise tak ayat tu? Ayat copy paste drama tv biasa letew :P Even ada kesedihan dan dugaan yang maha berat kami hadapi tapi bahagia tu tetap ada. Makin hari makin cinta.

Wiwitttttttt :)

Kalau ada gaduh-gaduh tu mengalah je lah jangan dipanjangkan ceritanya. Tak ke mana pun kalau lelama gaduh. Bukan sapa pun suami kita juga. Kata sayang suamiiiiii....... 

10 realiti kehidupan selepas berkahwin. Sekadar perkongsian;

  1. Kalau ke mall or shopping complex terus ke bahagian dapur. Dah pandai cari sudip & periuk belanga.
  2. Eh tak kurang jugak rajin design rumah. Cari karpet bulu tebal, nak sofa diamond lah. Haha!
  3. Orang bagi hadiah kahwin jam dinding pun masih nak cari jam unik-unik lagi. Kononnya!
  4. Kongsi towel mandi, kongsi berus gigi, kongsi baju t-shirt, kongsi boxer.
  5. Kalau suami/isteri tengah pegang cawan nak minum, berebut nak minum kat situ jugak. Malas nak ambil cawan lain. 
  6. Kentut merata-rata. Paling teruk korek hidung tanpa segan-silu :P Hihi...
  7. Suka mengendeng sebelah suami. Kalau tengok bola isteri pun tengok jugaklah padahal before ni haremmmmm nak nonton bola. 
  8. Masuk toilet tak pernah kunci :P 
  9. Dah tak bergayut fon lama-lama, mesej pun jarang tapi masing-masing tak kisah pun. 
  10. Selalu kena sound sebab ulang cerita yang sama. ‘..dah 4 kali cerita benda yang sama laa!..’
Hahaha. Just for fun je ya. Jangan ada yang cop saya annoying pula :DD Bergurau senda lah selalu suami isteri sebab dengan gelak-tawa tu akan mengharmonikan rumah tangga anda.

Last but not least album gambar ' sambut menantu ' majlis di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Gambar lain akan diupload kemudian.












No comments: