Wednesday, July 24, 2013

Berpuasa as wife :')

Alhamdulillah today dah 16 puasa. Aku je yang excuse dua hari memula puasa hari tu sebab missed miscarriage. Tahun depan kena ganti.

And for the first time dah separuh berpuasa ni baju raya nan hado lagi oit. Selalu time-time macam ni memang tengah gigih jahit beads. *mata ke atas sangat* Hari tu ada beli kain pasang batik sutera kat Terengganu ingatkan nak tempah untuk raya tapi sebab pregnant bagi adik takut tak muat. Takpe lah rezeki dia dapat kain mahal. Erkkk! Mahal ke? Kalau duaratus tu mahal dah pada aku. Kikiki… 

Dan dah selamat juga aku berpuasa as wife di tahun pertama berkahwin. Seronok rupanya hari-hari ngadap suami berbuka puasa sesama. Baca doa sesama, meng-amin-kan doa sesama. Rasa syahdu gitu. 

Bersahur pun macam tu. Bangun pagi seawal 430. Masak-masak kengkadang panaskan je lauk. Tak daya plak nak masak pepagi dengan mata terpisat-pisat. Lepas sahur tak tidur - Subuh - then siap-siap pergi kerja. Rasa macam tak cukup rehat pun ada! Letih sangat-sangat. Pernah sampai kerja terus baring kat meja. Hahaha! Malam tadi lagilah tidur-tidur ayam je. Husband sakit kepala since dari berbuka puasa sampailah nak ke sahur. Hmmm pity him :( Risau punya risau tu yang tak tidur sangat. Kalau merengek kesakitan tu kena la bangun picit-picit kepala dia, bagi minum air. Manja betul ! Macam budak kecik. Hihi ! Tapi I iz sukaaa Masa bangun sahur husband dah sihat. Elok plak dia berjoget sambil pasang lagu raya. Yang aku mengantuknya lahai sebab satu malam tidur-tidur ayam. Takpe lah, keranamu suami itew sanggup ajew bersengkang mata :P I love you tiuttttt

Preparations raya satu apa takde lagi sebab memasing tengah syok nak susun-atur rumah. Part ni paling aku suka. Husband lagi lah doplohkali lebih suka. I iz sayang you double-double tiuttttt Dan sekarang tengah nak aim beli sofa. 

Part juadah berbuka tak pernah lagi aku masak setakat ni since Zul ada kedai & buka bazaar juga. Tapi terasa beza berbuka bila bersama keluarganya. Kalau dengan keluargaku mesti makan mi goreng, roti jala, laksa penang, bubur, putri mandi. Tak kisah lah apa-apa yang penting makanan berat without nasi. Dah dok rehat-rehat baru jamah nasi berlauk. Lepas tu suka dok ulang-ulang sampai tertidur. Hahaha keji betul. Dengan family Zul apa-apa mesti makan nasi dulu lepas tu makan kuih-muih tapi macam tak berapa makan sangat kuih. Mungkin sebab dah kenyang kot. Dan tiada adegan ulang-ulang makan. Huhu.

Awek comel ^^

5 comments:

shukriah sharuddin said...

tak pe xde rzki thn ni....thun depan berpuasa dgn bb k...:)..lagi best sbb ada tukang kacau...hehe

Norhasniza Khalid said...

selamat berpuasa...

Cik Mun said...

heeeeeee..ni rasa nak kahwin ni..hohoho

Liyana said...

sama mcm komen kt atas sekali.

thn depan puasa dgn baby lg best. si tukang kacau. kekeke

s h a said...

Hikss...sha bangun sahur 430 pon panaskan lauk n masak nasi je.X rajin nak bersilat pepagi buta.Ngee.Style berbuka kt rumah yg duk ulang2 makan tu baru first time denga.Haha.Terbaik..