Monday, July 22, 2013

Jammed ! Arghhh !

Dah hampir 5 bulan kahwin dengan my hero. Dalam masa tu jugaklah aku pergi kerja dok ulang-alik Kajang-Shah Alam Kajang-Shah Alam. Hmm letih. Nak katakan jauh tak jugak sebab dulu biasa ulang alik Cheras-Shah Alam every weekend sebab rumah atok kat situ. Tapi disebabkan jem pepagi rasa macam tak rajinnya nak hadap. Balik kerja pun sama memang tempuh jem. No choice.

Kang nak naik train nak kena pi stesen lagi bila dah sampai S.Alam kena plak ambil teksi. Tak ke lagi haru? Kalau tengok jam agak-agak dah lewat tu mula la menggila bawak kereta. Kalau jalan sunyi sikit bolehla menggila. Buatnya kiri kanan penuh kereta nak menggila camne? Dah satu hal lagi lewat sampai kerja. 

Baru-baru ni kena tahan polis then terus dapat surat cinta sebab lalu jalan emergency. Nak cepat sampai kan. Hmm mendapatlah :(




Kang nak cari kerja lain tek best plak sebab kat sini gaji sangat-sangat ok, ada kenaikan pangkat/gaji, bonus tak pernah miss, benefit sangat banyak, kerja pun jarang stress. Rugi plak rasanya cari kerja lain. 

Kang nak cari rumah sewa kat S.Alam nak kena duit lagi ni dah ada rumah sendiri takkan nak menyewa lain. 

Redha je lah. 

Mungkin ada hikmah sebab dah ada rumah sendiri, lepas tu kebetulan suami pun ke tempat kerja satu jalan. So, aku hantar dia dulu then baru gerak kerja. Mungkin boleh jimat dari segi tak sewa rumah, tol & minyak. Nasiblah minyak & tol suami bagi duit. Cuma kena berkorban penat badanlah. 

Takpe ni bahagian aku, kira sangat bernasib baik juga bila dah ada ke semuanya. Ada orang lain yang lebih susah hidup kena lalui hari-hari. 

Mungkin aku kena belajar jangan mengeluh & sentiasa bersyukur.

No comments: