Tuesday, July 9, 2013

Missed miscarriage first pregnancy :(

Assalamualaikum. Ini entry yang super panjang pasal my pregnancy. Aah pregnant dah tapi kandungan itu tak menjadi. Sapa-sapa yang taw aku dah pregnant semua ingat aku bunting pelamin. Sebenarnya tak pun. Dua minggu after kahwin saya period. Means masa pergi honeymoon hari tu. Huhu! Tapi macam cepatkan sebab terus lekat lepas tu.

Sebab dah miss beberapa hari period nak dipendekkan cerita adalah lebih kurang 7-8 pregnancy kits dibeli di Watson. Yang mahal yang murah semua dah try tapi keputusan menunjukkan –ve. Tak mengandung pun. Aku fikir ni tak period ni mesti hormon tak stabil sebab baru-baru kahwin. Lepas tu putus asa jugaklah memang tak nak beli dah kits sebab dah terlampau banyak beli & semua menunjukkan –ve. 

Satu hari tu aku & husband lalu kat satu farmasi ni. Memang farmasi buruk lama rupanya then tergerak hati nak beli kits. Pagi esoknya test Alhamdulillah +ve. Kali ni double line memang pekat sangat.

Dalam sebulan lepas tu bincang dengan husband decide nak check-up ke klinik mana. Mula-mula dah decide nak pergi private. Ada lah pergi tiga kali dan dua kali scan. Nampak dah babynya tapi masa tu doc ada cakap kandungan kecil lagi. Masa tu dah lain dah perasaan ni. 


Bila orang cakap kalau pergi klinik kerajaan lagi detail so aku dah tukar ke KK. Memang detail sangat. Ambil darah bawak pergi makmal, check air kencing bawak pergi makmal gak then result darah low. Low sangat 9.7 lepas dah taw low tu beriya lah makan kerang rebus, bayam & hati.

Second checkup kat KK kena amek darah lagi setabung. Adoiyai dah lah kurang darah. Biasanya kalau yang takde masalah amek darah kat hujung jari je then tak payah jumpa doctor, lepas jumpa nurse boleh terus balik. Aku for sure kena jumpa doc & makin rendah 9.5. Bila doctor scan masa tu masih kecil lagi kandungan then kena transfer kat hospital bahagian emergency. Pun doc kata baby takde heartbeat. Doc tanya nak buat d&c or nak tunggu lagi dua minggu turun darah. Aku nak tunggu lagi dua minggu. Tak puas hati petang tu jugak pergi KPJ Kajang then jumpa pakar sakit puan. Doc pun cakap benda yang sama. So dalam dua minggu tu tunggu darah turun tapi tak turun-turun. Takut nak buat d&c. Dalam masa yang sama tiap hari berdoa agar ada keajaiban. Hati sedih tak payah nak cakaplah. Dalam kereta drive pergi kerja, drive balik kerja mengalir-ngalir je air mata ni. Sampailah cukup dua minggu redha pergi hospital untuk dibuat d&c. Bila doctor check tengok takde jalan lagi. So doc suruh balik & datang esok semula untuk bagi ubat biar jalan terbuka.

Malamnya tiba-tiba aku rasa sakit sangat kat perut. Sakit macam senggugut tapi 5 6 kali ganda lagi sakitnya. Sebab terlampau ngantuk aku menahan sakit dalam tidur masa tu jam 4pagi. Tapi tahan je tidur-tidur ayam. Satu ketika tu ada rasa benda nak keluar. Cepat-cepat kejutkan suami. " abang bangun. Dah keluar!... “ ntah apa suami pikir agaknya dengan gelabah terus bukak lampu bilik & lampu toilet. Aku berlari masuk toilet. Nasib baik toilet memang dalam bilik tidur. Selambak ketul-ketul sekali dengan darah keluar. Sakitnya wuu. Dari jam 4pagi sampai pukul 7pagi dok dalam bilik air. Jadinya tak buat pun d&c sebab dah habis keluar. Tapi kena tahan wad jugaklah sehari sebab doc nak pantau takut ada sisa-sisa darah or darah beku ke.. Banyak lagi benda nak dicerita ni pun dah panjang sangat. Ok la kot. Cukuplah orang taw yang saya missed miscarriage. 

Doakan yang baik-baik sahaja selepas ini ya.

3 comments:

syidasyisya said...

sina, be strong syg. in sha allah rezeki sentiasa ada.

cha said...

takziah u. takpe mungkin ada rezeki lg nanti ok. sabar ye

Nursaila Norman said...

awk,sy bru je alami benda yg palinggg menakutkan..huhu..jumaat baru ni sy bleeding..refer doc private n gov diorg xtau sbb apa..end up amek darah..sementara 48jam result tu ibu sy bw jmp bidan kg..alhamdulillah ok..sy rasa sgt2 bleeding mcm nk keguguran..sakit dia mcm sakit period..nsb baik jmp bidan..masih tertunggu2 jugak keputusan doc rabu ni..ada rezeki ke xde..huhuhu :( so far darah dah stop..tp risau nyaaa..apa khabar la baby dlm ni.. :(