Sunday, July 28, 2013

Puasa di kampong pula first year as wife :')

26 haribulan lepas aku cuti Nuzul Quran. Untung gak kerja kat Negeri Selangor ni memang manjang cuti je kot. Kalau KL takde. Disebabkan cuti lama ajak husband balik kampongku. Sejak-sejak kahwin ni memang tak dapat nak balik selalu. Kena bahagi-bahagi lagipun husband kerja. Kalau tak aku lah yang paling excited sambut Ramadhan, sambut raya dengan keluarga. Asyik-asyik balik je lah keroje ku. Kalau raya tu memang dah sah-sah ambil cuti seminggu sebelum & selepas raya. Sekarang tak lagi. Wuu takpe lah. Hakikat kehidupan selepas berkahwin. Bila nak balik mak abah lah paling excited. Sebab anak menantu nak balik. Jangan tak taw Zul sekarang dah jadi menantu paling disayangi ! Hohohoho ! Asal nak balik je mak memang suruh Zul request nak makan apa. Selalu mak akan tanya aku apa yang husband suka makan. Confirm-confirm mak akan masak. Best je tengok husband makan bertambah-tambah. Berselera. Hihikk.

Time kat kampong sempat jugaklah shopping raya. Disebabkan aku selai pun takde baju tu yang beriya-iya ajak husband berjalan. Raya tinggal seploh hari je uitt. Beli kat sini selai nanti kat KL boleh cari sepasang-dua. Taklah terasa keluar duit. 

Alhamdulillah dapat jugaklah apa yang dicari. Sepasang jubah yang pada asalnya aku kureng suka tapi husband suka sangat tengok aku pakai jubah so beli je lah. Bukan apa sebab I iz rendahkan tu yang macam takut nak pakai. Takut nampak rendang tak berbuah. Bila try kat rumah nampak elok terletak kat badan. Maybe sebab ada cutting sikit tu yang ngam tu. Alaahh perasan pulak ni -_____- 



Masa berbuka puasa hari tu kat Hotel Villa Subang. Meriah uolls aku siap berjubah. Tapi company belanja lah. Nak keluarkan duit sendiri makan kat sini memang tak kuasa ahkak :DD


Tapi tak dapatlah berpuasa lama kat kampong. Hmm lama tak lama dua hari jugaklah. Seronok kalau berbuka/bersahur kat kampong ni. Makan kat bawah duduk bersila. Malam-malam abah dah start pasang pelita. Aku dengan adik sibuk main mercun & bunga api. Tak ke seronok tu? kalau kat KL camne gayanya nak main kan? Lepas berbuka hari Ahadnya terus gerak balik rumah Kajang. Mak macam biasalah bekalkan macam-macam. Cencaluk, roti arab, ikan keli, tenggiri, tauhu sumbat, pengat pisang. Semua ada. Gitulah mak aku memang meriah bab-bab makan ni. Bukan aku je suka dapat tapaw makanan banyak, husband pun doploh kali lebih suka. Gitu.

Husband sangat rajin bawak adik-adik iparnya ke bazar. Hihikkkk :*

No comments: