Tuesday, July 30, 2013

Tersalah transfer Cimb Cliks

Aku ni memang bayar hutang pakai Cimb Cliks. Tap tap tap terus submit. Zaman sekarang kat hujung jari semuanya. Senang tak yah nak beratur panjang kat mesin ATM. Tak payah nak tunggu turn dalam bank bagai dengan orang kemain ramai. Bukan hutang sangatlah pun bayar bil telefon & ASB je. Kalau hutang kereta tak berani nak transfer-transfer. Risau lak duit tu ke mana perginya. Manalah taw kennnn.

Dan untuk online shopping juga kegunaan Cimb Cliks ni.
Hihi.. 
Itu penting. 
Senang.
Pilih-pilih..... 
Tap tap tap.....
Bayor :P
Suami pun suka sebab tak payah nak pergi OU kot! Haha! 

Disebabkan kerja aku dok depan pc memang rajin jugak tolong husband bayarkan bilnya. Yelah kadang-kadang dia takde masa nak pergi Maxis Center nun. Yang penting kena bagi duit dulu. Hihi kejam sikit-sikit -____-"

Last May hari tu aku bayar bil telefon online. Bayar tapi manjang tak cukup je. Asyik-asyik kena block. Aku syak maybe sebab masa bulan kahwin itu hari dah bertunggak & tertangguh je nak bayar.

Then last after dapat bonus raya bayar lebih sikit sebab nak clearkan segala-galanya baki bil. 

Nak dipendekkan cerita baru tadi husband call tanya aku ada bayarkan dia bil telefon ke? Memang takde. Bil dia dah sampai negative sebab terlebih bayar! I iz rasa lain macam terus check transaction. Haha dah sah memang 3 kali aku bayarkan bil untuk suami. Patutlah rasa macam nak bankrap asyik bayar bil tapi alih-alih kena block. Salah number akaun rupanya. Huhu! Tsk tsk! 

Sekarang dah dapat semula duitnya. Terima kasih ye suamiku sebab tak buat dunno je. Patutlah takde kena block dah talipon beliau. Sebab kita dua orang suami-isteri ni memang jenis selagi tak kena block selagi tu liat nak bayor.

No comments: