Sunday, August 4, 2013

Last Update Pasal Raya Before Bercuti Esok!!

28 puasa dah hari ni. Sedar tak sedar Khamis ni sambut lebaran lah kita. Macam mana dengan preparation korang? Aku biasa-biasa je (ahaks! Ye ke?) lebih kepada menghias rumah buat masa ni. Semalam perabot baru sampai. Sofa. Sofa raya. Tak sangka plak sofa sampai awal before raya. Bajet seminggu selepas raya. Elok jugak tu boleh tetamu datang beraya - sambil duduk kat kerusi baru - sambil kunyah tart nenas - sambil tengok tv.






Owh ya cakap pasal kuih raya, aku belum dapat nak buat kuih lagi. Sebab oven takde. Hahaha boleh ke alasan tu? In Shaa ALLAH raya tahun depan nak jugak try buat cornflakes madu ke... Kuih tu senang nak buat orang kata. Buat kek coklat ke... Hmmm sedapnya...

Weekend lepas dua hari (Sabtu-Ahad) keluar sebab nak cari my raya shoes & jeans suami. Tapi lain yang nak lain yang dapat. Selalu sangat macam tu. Huhu! Terbeli dress lagi.

Raya pertama nanti pakai baju nikah since suami tak buat baju melayu. Tak nak membazir katanya sebab baru sekali pakai. Nak sedondon aku pun recycle jugak baju nikah ku. Baju raya lain 4 pasang suami dah belikan. Alhamdulillah murah rezeki tahun ni. Seluar selai pun tak beli sebab memang nak kurangkan pemakaian seluar. Sebab terasa nampak montot ketat gitu. Pakai skirt lagi lawo kot? Aku suka suami lagi ganda-ganda suka.

Part tak best menjelang nak raya ni mata belah kiri sakit plak -____-“ Tapi bukan sakit apa lah. Merah kat bahagian bawah mata. Dah dua kali pergi klinik masih tak baik lagi :(

Alhamdulillah bahagia bepuasa & beraya as husband-wife ni. 











1 comment:

s h a said...

Salam aidilfitri dear.Wahhh...beraya sakan dengan sofa baru.Besh3.Sha pon plan nk recycle baju nikah je.Tapi x kesampaian.Maybe next yearla kot.Ngee. :)