Monday, August 19, 2013

Makan-makan di rumahku. Aidilfitri 2013

Ntah bila la nak cerita pasal raya. Mungkin takde kot entry tu. Haha malas punya fasal nak cari gambar.

Sebab raya pertama sebagai isteri & pertama kali juga beraya ada rumah sendiri so memang kucar-kacir dibuatnya bila tetamu datang. Lagi-lagi tetamu ramai haa kalut betul nak siapkan juadah. 

Semalam me & husband pergi open house rumah pak sedara kat Putrajaya. Syok gak lah sebab dari Kajang ke sana memang sekangkang kera. Kejap je sampai. Dah siap makan tu kitaorang nak pergi Alamanda alang-alang kat situ. Nak beli selai-dua baju. Sekarang penyakit kuat shopping dah datang balik. Lama rasanya tinggalkan hobi shopping since nak kahwin hari tu. Sekarang asal berjalan je mesti rasa nak beli.


Rumah Pakcek kat Putrajaya semalam. Ni baby dia. Bila di-agah terbahak-bahak gelak. Suka lah baby ceria-happy-go-lucky macam ni :) Owh, ni lah dress yang last minit husband belikan tu. Hehe.. Raya kesebelas baru pakai. I iz suka sangat sebab kain ala-ala flowy gitu. Thankyou darling husband. Pandai matamu memilih.

Tak sampai setengah jam kat Alamanda mak sedara call kata nak datang rumah. Apa lagi cecepatlah sambar selai baju, beli ice-cream Baskin Robbins then terus balik. Beli jugaklah apa yang dapat. Kang dah kat rumah tak beli apa-apa kot nyesal -__-" 

Nasib baik kat rumah memang ada mee kuning. Terus goreng. Goreng nugget sekali. Nugget tu memang sentiasa ada dalam peti. Aku ni masak slow sikit. Satu-satu potong, satu-satu tumis. Lambat. So, husband lah yang ambil-alih tugas ku. Dia lah yang goreng mee 3 bungkus & dia lah jugak yang goreng nugget. Beruntung dapat suami pandai masak bolehlah tolong-tolong. Seriously semua kelam-kabut bila 4-5 family yang datang ke rumah malam semalam plus dua orang kawan juga ada datang. Ramai wooo. Hehehe! Cepat masak tapi mee gorengnya ngam-ngam je. Tak lebih tak kurang, huhu masih tak pandai bajet lagi. Tuan rumah tak sempat nak jamah sebab dah licin :)

Masa nak isi kuih raya dalam balang ntah macam mana boleh terpecah plak balangnya. Tangan luka kena kaca. Berdarah-darah satu hal plak lagi. Belum ada anak kecik dah habis barang kaca berkecai. 

Mak mertua & sedara-mara belah suami dah datang. Nasiblah keluarga belah mertua & keluargaku memang bagitaw awal-awal nak datang taklah kelam-kelibut. Boleh prepare macam-macam dari awal. Takpelah slow-slow belajar. Kita pun masih pengantin baru lagi ye dok? Dah ada experience sikit-sikit ni bolehlah praktik untuk tahun depan pula. 

In Shaa ALLAH nak jugak buat rumah terbuka nanti. Nak jamu keluarga, kawan-kawan. Bak kata suami, ‘... tetamu yang datang tu pembawa rezeki kepada kita... '



Kawan Zaba pun datang malam tu. Yang tengah tu nak kahwin bulan 10 ni. Wiwiwi... 


Next year kena take noted :
  1.  Masak air gula siap-siap. 
  2.  Mee kuning, daging, isi ayam or apa-apa yang senang nak masak harus sediakan awal-awal.
  3.  Tisu kotak kena beli banyakkkkkkk. 
  4.  Pinggan/cawan/sudu/garpu kena siap-siap keluarkan dari dalam almari.
  5.  Ais batu kena standby juga.
  6.  Balang kuih raya nak beli plastik je.

2 comments:

Liyana said...

akk pun kena belajar dr awk ni. sbb akk pun jenis masak slow. nsb en suamy msk laju. hoho
balang kuih raya pun xde oke. haha

eh dress tu cantik laa... :)

dhiera said...

selamat hari raya dear..

mine. in sha Allah 1 sept. jemput lah datang ke rumah dekat puncak alam~