Wednesday, August 14, 2013

Masak untuk suami

Aku belum nak cerita pasal raya lagi tapi nak skip cerita pasal aku masak, suami suka. Suami makan bertambah-tambah dua-tiga-empat kali. Wahhhh *sambil tepuk-tepuk tangan

Sapa pernah ikut cerita aku kat blog memang taw kan husband ada restoren keluarganya sendiri. So, macam tepuk-tepuk tangan jugaklah sebab aku jarang-jarang je nak masak kat rumah. Hubs memang akan tapaw bawak makanan dari kedainya. Skill masak aku pun secoet je berbanding dengan hubs yang boleh jadi chef. Wahh gitu.

Tapi since bulan puasa hari tu memang aku bangun awal untuk masak sahur. Bersilat, berkungfu bagai kat dapur. Lepas tu bila aku on9 twitter ke FB ke ramai plak bini-bini orang cerita pasal depa masakkan untuk husband memasing. Masak soto lah, masak ayam berlada lah, macaroni, lasagna...bla bla bla... tu yang aku pun tak dulik nak masak jugak untuk suami. Tak nak kalah!

Cerita malam tadi, pasal masak-memasak ni jugaklah. Balik-balik kerja keluarkan ayam dari peti ais. Nak masak la kisahnya. Suami plak ajak makan-makan rumah mak cik dia. Fine.. takpe lah.. hari raya kenn memang bagus ziarah-menziarahi. I iz seronok ganda dua. Lepas dah lipat kain aku masuk bilik nak selelap dua. Then suami dok bising-bising katanya dah lambat nak pi rumah auntie dia. Tadi suami dok kusyuk tengok tv. Tu yang aku tidur kejap. Last-last memang tak pergi rumah mak cik. Sebab suami bising-bising hati I iz sentap you. Duduk-baring-duduk-baring hati tak senang plak suami belum makan. Aku pun pi lah dapur tanak nasi, goreng nugget, buat ayam masak kicap, buat air teh o. Dah hidang, dah jemput suami makan aku sambung tidur. Suami pujuk ajak makan sekali. Dia ingat aku merajuk padahal iolss kan on diet memang tak nak makan malam sangat. Hihi.

Cerita paling best bangun pagi-pagi tengok nasi licin, ayam masak kicap licin, nugget licin, air teh o pun licin. Habis suami makan. Terus rasa macam.... ‘... aaaa esok nak masak apa pulak...?’ *sambil kembangkan hidung tanda bangga

Itu je pun nak cerita. Hahaha sorry! Kbye.

2 comments:

s h a said...

Happy sgt bila penat2 masak sume makanan licinkan.Ngee.Sha ni jarang masak sebab due2 pon jenis x makan malam.Tapi time puase aritu memang pulun masak utk HB.hikss. :)

Liyana said...

untg nye sina xyah masak sgt...sng tapau je.. blk keje blh relax..hehe

akk sejak ade faiq ni jrg sgt la dpt masak dgn fokus. faiq dok merengek nk mengempeng teman dia main. hoh. sudahnye husband kena masak sndiri, kah3