Friday, September 13, 2013

Ambil Hati Suami.

Aku tengah ngantuk sekarang ni kat ofis. Menggila punya tahap. Maybe sebab malam tadi terjaga dari tido jam 4pagi terus berkemas sampai ke Subuh then pi kerja. Kang balik kerja nak terus gerak kampong tu yang pulun habis-habisan berkemas. Sejak-sejak dah jadi isteri orang ni letihnya tak boleh nak cakap. Waktu siang dah tentu kerja. Balik nak masak bagai. Sekarang memang hari-hari masak. Takdan dah suami nak tapaw makanan dari kedai dia. Suka bebenor dia masakan aku. Padahal beliau tak taw before balik kerja memang benda WAJIB google resepi dulu. Ahaks! Jadi isteri ni kena bijak ambil hati suami.

Kalau macam aku lah kan... 

Lepas balik kerja mesti buatkan teh o panas untuk suami. Sebelum dia mintak baik kita cepat-cepat sediakan. Macam tak bestlah bila dah disuruh baru nak hegeh-hegeh buat. Kita prepare macam-macam dulu. Then lepas dah buat air & sebelum masak untuk makan malam biasanya aku akan masak yang ringan-ringan dulu untuk alas perut suami. Balik lewatkan so jangan bagi dia terasa lapar sangat. Kadang-kadang goreng kepok lekor, hot dog, nugget, potong buah mangga tak pun aku dah siap-siap tapaw kuih tradisional macam karipap, keria, pulut panggang. Haa tu semua dia suka sangat. Sementara dia makan ringan-ringan, minum teh o & tengok tv tu lah aku bersilat kat dapur (teh o tak boleh tinggal). Alhamdulillah setakat ni masakan aku semua menjadi & sedap. Macam mana masakan mak aku gitu ler aku. Kikiki... Dah siap makan mula lah berkemas tapi kadang-kadang takdan jugak sebab terlalu letih. Tu yang selalu mintak maaf kat suami kalau ada terlebih terkurang melayan dia. Ampun. Bila dah berkahwin rumah mesti kena sentiasa kemas. Biar sejuk mata suami tengok. Katil berkemas, cadar berganti. Haa part cadar memang hobi aku beli & tukar. Dah tak terkira berapa banyak cadar kat rumah. Suami bebel aje. Tapi dalam bebel-bebel tu puji jugak cadar aku cantik. Cehh! Kadang-kadang terpikir jugak bila kat rumah mertua ada je baju dalam bakul ke apa tapi bila di rumah sendiri suami nak semua clean & clear. Yelah dah kata rumah sendiri mana tak nak sentiasa wangiiiiiii je. Lepas tu rajin-rajinlah tukar bunga kat sebelah tv. Tukar bingkai gambar ke then frame kan gambar-gambar kahwin kat frame Ikea yang kaler putih suci itu. For sure suami tak kelip-kelip mata memandang. Tapi sejak aku tak boleh angkat berat ni kerja cuci kain.... Eh tak memang dari awal kahwin cuci kain, sidai kain, angkat kain dah train suami. Semua dia buat. Tapi lipat kain aku lah. Pernah sekali time aku merajuk tetiba suami ada kat belakang tengah lipatkan kain. Lipat kain macam kartun. Tak lawo hahaha terburai gelak menengoknya. Biarlah aku je yang melipat. Dan satu lagi kerja beliau adalah cuci toilet. Awal-awal lagi dah train so don’t ngelat ye. Yang lain-lain kerja takpe aku boleh buat kiki k bye.

No comments: